Waktu Terbaik Untuk Menanam Pokok

home_tree

Waktu bila paling sesuai untuk kita menanam pokok?

Jawapan terbaik untuk soalan di atas tadi adalah 10 tahun lepas. Kedua terbaik, SEKARANG! Jika anda telah melabur silver 10 tahun lepas, anda dapat membelinya pada harga di bawah $5, dan harga jualan silver sekarang adalah $30. 600% keuntungan dalam 10 tahun! Jika anda tidak sempat membeli silver 10 tahun lepas, sekaranglah peluang anda.

silver_10_year_o_usd

Yang menariknya, sangat kurang orang yang tahu nilai silver. Minggu lepas, saya berkongsi video yang menunjukkan berapa jahilnya pengethauan orang ramai berkenaan nilai emas. Minggu ini, saya kongsikan pula benda yang sama, tetapi tentang silver, Walaupun silver sekrang dalam lingkungan USD30, ramai yang tidak akan membelinya – biarpun hanya $1. Bila cakap pasal melabur, ramai gagal untuk mencipta keuntungan kerana mereka tidak memahami konsep ‘beli murah, jual mahal’. Mereka pernah mendengar konsep ini, tetapi mereka tidak memahami atau mempraktikkan dengan betul. ¬†Satu lagi, macam mana mereka boleh ‘beli murah jual mahal’ jika mereka tidak tahu pun nilai sesuatu benda itu?

Video ini adalah testimoni terbaik kepada apa yang saya baru bincangkan.

2 orang ‘otai’ logam berharga – David Morgan dan Mike Maloney sedang berbincang silver sambil dalam kereta. Mereka berbincang tentang emas dan silver. Jika semua emas dengan tiba-tiba hilang terus dari bumi ini, tidak akan berlaku banyak perubahan. Ini kerana emas tidak mempunyai kegunaan industri yang besar. Namun, jika kehidupan kita tidak mempunyai silver, kita akan kehilangan hampir semua teknologi moden di keliling kita! Balik ke zaman batulah nampaknya.

Buat kali pertama dalam sejarah manusia, jika kita ambil semua emas dan silver yang ada di bumi ini, kita mempunyai 5 kali ganda lebih emas untuk dilaburkan. Emas dan silver gred pelaburan adalah hampir tulen (99.9%). Dunia ini sekarang mempunyai dalam 3-5 billion oz emas yang boleh dibeli untuk pelaburan – Silver, hanya 1 billion oz.

Saya kongsikan di sini juga salah satu perbincangan yang ada dalam Malaysia Silver Investor Membership – Salah satu dari ahli bertanya kepada saya soalan-soalan yang bernas, sangat bernas sehingga saya rasa baik dikongsikan dengan pembaca blog ini. Untuk melindungi identiti, saya telah mengaburkan nama-nama ahli dalam membership ini. Terdapat juga ruangan khas dalam Bahasa Malaysia – Keahlian Pelaburan Silver Malaysia.

qa1

Dalam program keahlian ini, ahlinya datang dari pelbagai latar belakang, dan mempunyai pengalaman berbeza dalam pelaburan silver. Bukan sahaja saya, malah ramai lagi yang sudi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan sesama ahli, terutamanya ahli-ahli yang sudah lama melabur. Mereka juga banyak berkongsi informasi, panduan, dan berita semasa.

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-fooSaya telah menulis Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia, sebuah eBook yang ditulis khas untuk membantu warga Malaysia dalam pelaburan silver. Anda akan mempelajari pelbagai strategi pelaburan, dan cara mendapatkan silver anda di bawah harga pasaran! Klik sini untuk informasi lanjut.

DownloadNow-300x93

SocialTwist Tell-a-Friend

Related posts:

One thought on “Waktu Terbaik Untuk Menanam Pokok

  1. Pingback: Harga Silver Jatuh. Jadi? | Pelaburan Silver Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>