Update Goldsilver.com Insiders dari Mike Maloney

Setelah dua kali American Silver Eagles habis dijual, Canadian Mint pula yang sekarang ini  giat mengawal penjualan silvernya. Alex Reeves (Pengurus Besar Perhubungan Canadian Mint) berkata, “Berdepan dengan permintaan tinggi, Royal Canadian Mint kini sedang mengawal penjualan Silver Maple Leafs yang masih ada, sebagai usaha untuk memastikan semua pelanggan setia kami dilayan”. Apa yang boleh dibuktikan dari situasi sebegini adalah bekalan silver fizikal adalah sangat ketat sekarang, sehingga penempa coin-coin silver ini pun susah mendapatkan silver untuk diproses menjadi coin. Ini termasuklah pemain-pemain industri seperti Apple yang tidak mampu menghasilkan iMac barunya.

Ini adalah update terbaru dari Sifu pelaburan silver dan emas, Mike Maloney, untuk Program Gold Silver Insiders beliau. Beliau telah mempelajari dengan mendalam sejarah ekonomi dunia, mempunyai pengetahuan terkini berkenaan masalah ekonomi dunia sekarang ini, dan sedang giat mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang kepentingan memiliki emas dan silver pada situasi ekonomi sekarang. Mike sentiasa berhujah tentang kekuatan asas dan potensi pelaburan silver dan emas. Beliau melaburkan 90% dari wangnya dalam silver.

Di Malaysia, ramai pelabur emas dan silver ingin menyertai program Mike Maloney ini. Anda boleh menjadi ahli dengan membeli 500oz silver, 10oz emas, atau membayar yuran keahlian secara terus di GoldSilver.com – USD 1,659.10, dalam lebih kurang RM5,143.21.

insider1

Pilihan Pertama, 500oz silver – Silver yang dijual di GoldSilver.com boleh dikategorikan sebagai silver ‘kurang hangat’. 2 jenis silver dijual di sana, coins (legal tender), dan bar silver bersaiz besar. Membeli coins dari luar negara adalah mahal kerana anda perlu membayar 15% duti import kepada Kastam Diraja Malaysia. Kenapa perlu bayar 15% extra bila peniaga silver tempatan boleh menjual kepada anda dengan harga yang lebih murah? Bar silver besar seperti 10oz dan 100oz mempunya premium rendah, adalah pelaburan yang bagus, dan tidak dikenakan duti. Namun, kecairan silver sebegini adalah rendah di Malaysia. 10 biji 1oz silver boleh dijual dengan lebih cepat berbanding sebiji bar 10oz. Bayangkan, hampir semua pekerja kelas pertengahan di Malaysia mampu mengeluarkan dalam RM100 untuk membeli 1oz silver. Tetapi untuk bar 10oz yang berharga lebih dari RM1000, tidak ramai yang mampu. Kalau 10oz pun sudah susah, siapa yang mahu beli bar 100oz?

Pilihan Kedua, emas 10oz - Berpandukan Gold Silver Ratio yang kini dalam lingkungan 50+-, GoldSilver.com meletakkan kadar pembelian emas untuk layak memasuki Program Insiders ini 50 kali ganda lebih kurang dari silver. Gold Silver Ratio boleh ditentukan dengan membahagikan harga emas dengan harga silver. Contohnya, jika harga emas hari ini adalah USD1660.30 manakali silver pada USD31.28, maka Gold Silver Ratio adalah 53 (1660.30/31.28). Ramai membeli emas untuk pelbagai sebab, sesetengahnya berkaitan tradisi dan adat. Misalnya pada perkahwinan orang Cina dan India, orang akan membeli rantai, cincin dan perhiasan emas. Dalam kalangan keluarga Cina yang berada, kelahiran bayi baru dalam keluarga akan dirayakan dengan membeli emas. Pada masa yang sama, bank-bank pusat dunia juga sedang giat mencari dan menyimpan emas sebagai pelindung kepada kejatuhan USD. Ketika emas sedang giat disimpan, silver pula dengan rakusnya sedang diguna oleh industri. Apabila silver digunakan dalam industri, biasanya silver-silver ini tidak lagi dikitar semula. Saya tidak mempunyai masalah dengan pelaburan emas, tetapi fakta menunjukkan bahawa silver mempunyai potensi yang jauh lebih besar berbanding emas. Jadi, mengeluarkan RM55,000 untuk membeli emas dengan GoldSilver.com (untuk menjadi ahli Insiders) bukanlah jalan terbaik, kecuali jika pelabur itu telah melaburkan RM500,000 dalam silver.

Pilihan ketiga, membayar yuran keahlian terus, USD1,659.10, atau RM5143.21 - Informasi dalam GoldSilver Insider program ini sememanglah hebat, tetapi membayar RM5,143.21 untuk menjadi ahli bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan ramai. Malahan, yuran keahlian setinggi itu sebenarnya mungkin telah melemahkan mereka yang ingin belajar pelaburan silver, tetapi tidak mempunyai wang yang banyak. Pada saya, ini sasuatu yang sangat ironik – biasanya pelabur muda dan berbajet-rendah tidak mempunyai banyak wang untuk dilaburkan. Jika pakar-pakar pelaburan ini meminta bayaran yang sebegitu tinggi, dan pelabur-pelabur kecil kita ini membayar untuk keahliannya, berapa lagi modal pelaburan yang masih ada untuk pelabur kecil-kecilan kita ini?

Untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah menulis sebuak eBook bertajuk: Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia yang akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk melabur silver dari 1oz sehinggalah 1000oz. eBook ini juga akan menunjukkan kepada anda cara-cara selamat untuk melabur silver di Malaysia, tempat untuk mendaatkan silver gred pelaburan termurah, kesilapan-kesilapan lazim yang perlu diperhatikan ketika melabur silver, dan banyak lagi tip-tip menarik dalam pelaburan silver Malaysia. Anda juga boleh menyertai Program Keahlian Pelaburan Silver Malaysia dengan yuran yang jauh lebih murah.

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-foo

Memetik kata-kata pujangga – Jika anda rasa yang pelajaran itu mahal, bayangkan harga kejahilan. Kesilapan pelaburan silver bukanlah sesuatu yang seronok. eBook ini datang dengan informasi padat setebal 100++ muka surat, dan 2 lagi laporan untuk membantu anda melabur dalam silver. Klik sini untuk maklumat lanjut.

DownloadNow-300x93

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>