Tiada Hutang, Tiada Masalah?

Pada bulan Mei lepas, dalam Practical Guide For Investing Silver in Malaysia, Edisi 2, saya meramal bahawa US akan mencapai debt ceiling (kadar hutang maksima) 16.4 Trillion Dollar selewat-lewatnya pada awal 2013. Anda tidak perlu menjadi pakar ekonomi untuk meramal benda sebegini – kaji sedikit sebanyak tetang asas dalam ekonomi, anda dengan senangnya akan membuat kesimpulan yang sama dengan saya.

Debt Ceiling sesebuah kerajaan boleh diibaratkan seperti kad kredit pada setiap individu.

maybankcard

Andai kata saya seorang pekerja swasta yang mempunyai sekeping kad kredit, dengan limit pada RM 20k. Bila saya membelanjakan habis kad kredit dan mencapai limit, saya perlu membayar balik hutang ini pada bank. Jika tidak, bank akan ‘menghukum’ saya dengan mencatat rekod hitam dalam sejarah kredit saya. Pada masa depan, saya akan susah mendapatkan pinjaman. Jadi, saya telefon bank, dan minta supaya limit kad kredit saya ini dinaikkan ke RM30k, RM50k, RM100k, RM200k, adan seterusnya RM 500k. Memandangkan bank ini baik-baik saja menerima permintaan saya, saya boleh berbelanja sesuka hati, tanpa had!

Bila lepas limit RM500k, saya tidak sudah mahu minta bank naikkan limit saya. Sebaliknya, saya akan “biarkan saja” hutang saya itu. Kalau saya biarkan saja, bank pun akan biarkan saja. Selamat.

Boleh ke jalan macam tuh? Mana mungkin? Tak boleh!

Yang menariknya, kerajaan US sekarang sedang berbuat benda yang sama seperti ‘biarkan dulu’ di atas. Pada 28 Januari 2013, US telah mengambil keputusan untuk “menggantung untuk sementara” perlaksaaan debt ceiling. Dalam erti kata lain, US telah mencapai debt ceilingnya pada 16.4 Trillion Dollar, dan mengambil keputusan untuk ‘membiarkan saja’ debt ceiling itu. Tidak masuk akal bukan? Cuba kita buat benda yang sama, kita ‘biarkan’ saja bil kad kredit, loan kereta dan rumah kita, dan tengok jika bank benarkan.

sejarah+pelaburan+silver+malaysia

Bak kata pepatah, untuk meramal masa hadapan, mesti tengok pada sejarah lampau. Perkara yang hampir sama dengan di atas pernah berlaku dalam sejarah US sendiri. President Richard Nixon telah ‘menggantung’ untuk sementara ¬†kebolehtukaran dollar dan emas. Sebelum 1971, nilai Dollar US disandarkan pada emas. Sekarang, setiap Dollar (atau Ringgit) yang kita pegang pada hari ini tidak mempunyai apa-apa sandaran – ‘wang’ ini hanyalah sehelai kertas yang mempunyai gambar dan nombor. Penggantungan sementara ini telah berlangsung selama 42 tahun, sehinggalah hari ini.

Sekarang, US akan terus menerus berbelanja dan mengumpul lebih banyak hutang tanpa mengambil kira debt ceilingnya. Dari 6 bulan lepas, Kerajaan US, melalui pelan Quantitative Easing (QE3 dan QE4) telah mencetak 85 Billion Dollar setiap bulan – tanpa menyatakan bila mereka akan berhenti. Pasaran sekarang dibanjiri wang kertas yang tidak bernilai langsung. Apabila US mencetak wang, bank-bank pusat seluruh dunia turut terpaksa mencetak. Bank of Japan (BOJ) baru sahaja mengumunkan perlaksaan QE mereka sendiri – BOJ akan mencetak Yen Jepun baru secara terus-menerus setiap bulan tanpa menyatakan tarikh berhenti. Perbuatan bank-bank pusat ini hanya menjanjikan Hiperinflasi kepada kita semua.

Anda mungkin pernah mendengar tentang hiperinflasi. Jika anda rasa 5% inflasi adalah teruk, cuba tengok apa yang berlaku pada ‘wang’ Jerman pada 1920-an. Kita berkemungkinan besar akan mengalami inflasi yang sama pada masa hadapan.

german

Salah satu cara untuk kita mempertahankan kedudukan kewangan kita adalah dengan mempunyai pegangan dalam logam berharga, ini kerana emas dan silver telah digunakan sebagai wang sejak beribu tahun dahulu. Hanya dalam beberapa dekat ini, manusia mula menggunakan kertas sahaja sebagai wang. Mungkin anda rasa pakai emas dan silver sebagai wang agak kuno, tetapi cuba fikir-fikirkan:

Pada hujung Januari 2013, HSBC telah membeli silver, dalam $876 juta. Silver coin di US Mint telah habis dijual, bukan sekali, tetapi 2 kali. Penjualan coin American Silcer Eagle pada Januari 2013 mencatat rekod, sebagai penjualan bulanan terbanyak dalam sejarah.

Banyak pelabur bijak telah mula melaburkan wang mereka dalam logam berharga, terutamanya silver. Hari ini, silver masih merupakan pilihan terbaik dalam pelaburan logam berharga. Ini kerana harganya yang murah – 1oz (31.1gm) emas berharga RM5300, dan 1oz silver hanya berharga dalam lingkungan RM110. Emas adalah wang untuk raja dan bangsawan, silver adalah wang untuk orang kebanyakkan, dan hutang adalah wang untuk golongan hamba abdi. Jika anda mempunyai banyak wang lebihan, saya sarankan anda dapatkan sedikit emas. Namun, jika anda seperti orang kebanyakkan, yang ada sedikit saja wang lebihan, dapatkanlah silver. Silver bukan sahaja pelindung kekayaan, tetapi logam industri yang mempunyai permintaan tinggi. jadi,simpanlah silver, biarpun hanya beberapa keping syilling pun.

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-fooSaya telah menulis sebuah eBook bertajuk Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia. eBook ini akan memberitahu anda bagaimana anda boleh melabur silver di Malaysia. Saya juga berkongsi strategi keluar pasaran jangka pendek, sederhana dan panjang saya sendiri dalam eBook ini. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.

DownloadNow-300x93

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>