Silver Makin Berkurangan…

Saya sejak sekian lama telah menulis tentang kekurangan bekalan silver. Dalam wawancara dengan Radio BFM (89.9) (Dalam Bahasa Inggeris) baru-baru ini, saya banyak bercerita tentang bagaimana industri telah menggunakan silver fizikal dengan rakusnya, dan bagaimana silver-silver ini sebaik diguna, akan tidak lagi dikitar semula. Nampaknya, realiti kekurangan silver ini tidak lagi terlalu jauh dari kita.

American Silver Eagle

ase

Saya memang meminati American Silver Eagle (ASE) ini dari saat saya sendiri mula membeli silver. Coin ini sangat cantik, dan dijual dengan premium yang rendah. Saya biasanya boleh mendapatkan coin ini dengan senang. Tapi, mungkin ceritanya sudah lain sekarang…

  1. Pada 17 Disember 2012, US Mint mengumumkan kepada pembelinya yang berlesen bahawa ASE 2012 telah habis dijual, dan tiada lagi ASE 2012 yang akan ditempa. ASE 2013 hanya akan dibuka untuk tempahan pada 7 Januari 2013.
  2. Pada 7 Januari 2013, US Mint mengumumkan bahawa 3.937 juta ASE telah dijual dalam satu hari sahaja – Jumlah jualan harian ini adalah yang tertinggi dalam sejarah!
  3. Pada 8 Januari 2013, US Mint menjual 300,000 keping lagi ASE. Ramai menjangkakan Januari 2013 bakal merekodkan jualan tertinggi bulanan dalam sejarah.
  4. Pada 17 januari 2013, US Mint telah habis menjualkan semua ASE 2013 nya. Jualan akan dihentikan sehingga mereka boleh menempa coin baru. Jualan hanya akan bermula semula pada 28 Januari 2013.
  5. Minggu ini (bermula 28 Januari 2013), semua pembeli berlesen US Mint sedang berebut sesama sendiri untuk mendapatkan ASE baru, sekaligus mewujudkan pembelian besar-besaran, 2 kali dalam sebulan!

Kelewatan Apple iMac

imac

Apple telah melancarkan komputer iMac siri baru pada 23 Oktober 2012. Model ini menggunakan lebih banyak silver pada teknologi paparan skrin Iris yang baru (lebih terang). Pada Januari 2013, Apple tidak mampu menghasilkan iMac baru yang mencukupi.

Bally A. menyatakan bahawa iMac baru ini memerlukan lebih banyak silver berbanding model sebelumnya, dan itulah punca harga iMac baru ini adalah $100 lebih mahal. “Masalahnya, kami tidak mampu mendapatkan silver dalam kuantiti yang mencukupi untuk menghasilkan iMac, dan memenuhi permintaan pasaran”, ujarnya juga.

Kelewatan selama 3 bulan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Apple! Tidak akan ada mana-mana syarikat yang akan memberitahu pelangganya apa masalah dalamannya. Apple hanya menyatakan bahawa mereka mengalami masalah ‘pengeluaran’. Tapi jika difikir baik-baik, syarikat sebesar Apple tidak memerlukan 3 bulan untuk menyelesaikan masalah pengeluaran. Jadi, masalah ‘pengeluaran’ Apple ini mungkin berpunca dari sebab-sebab yang di luar kawalannya. Kekurangan silver adalah punca yang paling sesuai untuk menjelaskan masalah Apple.

Nak tau lagi apa yang lebih menarik?

Apple mengeluarkan komputer-komputar iMac dan iPadnya di China. Walaupun China merupakan pengeluar silver ketiga terbesar dunia, tetapi negara itu masih tidak mempunyai silver yang cukup, dan terpaksa mengimport silver dari luar!

(Anda boleh membaca dengan lebih teliti pasaran silver China di sini)

SLV membeli 572 tan silver

slv

Pada 17 Januari 2012, terdapat laporan tidak rasmi yang SLV telah membeli 572 tan silver. SLV adalah sejenis dana amanah yang dipanggil exchange-traded fund (ETF) di US. SLV juga adalah ETF berasaskan silver terbesar di dunia. Dalam bahasa orang biasa, ETF ini biasanya dipanggil Paper Silver. Hampir sama seperti Maybank Silver Investment Account, anda tidak boleh membuat pengeluaran fizikal. Anda hanya boleh menganggap yang ETF ini memegang jumlah silver yang sama dengan jumlah yang dijualnya.

SLV menyatakan yang mereka telah membeli 57a tan silver. Apa penjelasan di sebalik pembelian ini? Saya dapat fikirkan dua scenario:

  1. Mereka menyatakan bahawa mereka membeli 572 tan silver supaya mereka boleh meyakinkan orang ramai untuk membeli lebih saham SLV. Kenapa SLV nak buat bagitu? Adalah pihak SLV menjangkakan kenaikkan mendadak harga silver dalam masa terdekat?
  2. Kita anggap saja yang SLV betul-betul membeli 572 tan silver. Itu bermakna dunia ini  telah kehilangan 572 tan silver untuk pelabur-pelabur seperti kita semua ini. Kekurangan bekalan membawa kepada kenaikkan harga!

Saya sengaja membincangkan silver fizikal dan paper silver. Sebabnya, saya mahu anda lihat perbezaannya. Apabila ASE habis dijual US Mint dan apabila Apple memerlukan silver fizikal untuk membuat iMac, buat apa kita harus memegang paper silver (dalam bentuk saham, akaun) yang boleh dihasilkan sesuka hati syarikat-syarikat pelaburan ini? Bolehkah paper silver ini membantu US Mint untuk menghasilkan lebih ASE? atau mambantu Apple menghasilkan lebih iMac?

Saya sendiri telah membeli silver fizikal dengan banyak. Saya mula membeli pada 2010. Hari ini, saya masih sibuk membeli silver setiap bulan, dan setiap kali apabila saya ada wang yang lebih. Saya mengikuti perkembangan pasaran silver di Malaysia supaya saya dapat mendapatkan silver termurah. Hasil usaha dan pengamatan saya ini, saya kini dengan senangnya mampu menilai samada silver jenis apa sesuai untuk dijadikan pelaburan. Pengetahuan dan pengalaman saya ini mampu membantu ramai warga Malaysia untuk memulakan pelaburan silver fizikal. Itulah sebabnya saya menulis eBook Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia.

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-fooDalam eBook ini saya memberi panduan langkah demi langkah untuk membantu anda mendapatkan 1oz pertama silver anda. Jika anda mahu membeli 1000oz sekaligus, saya juga menunjukkan cara untuk mendapatkan 1000oz ini dengan harga termurah. Klik sini untuk mendapatkan panduan lengkap A-Z pelaburan silver fizikal di Malaysia.

DownloadNow-300x93

SocialTwist Tell-a-Friend