Bagaimana Menangani Masalah Pergerakan Harga Silver Yang Besar

Harga entry (beli) dan harga exit (jual) adalah dua benda terpenting dalam pelaburan silver. Ini kerana keuntungan dari pelaburan silver bergantung sepenuhnya kepada perbezaan antara harga belian dan jualan. Konsep ini banyak dinyatakan di luar sana sebagai buy low, sell high (beli rendah, jual tinggi). Nampak senang, tetapi konsep ini gagal dipraktikkan ramai kerana satu sebab:

Harga silver sangat volatile, atau tidak stabil. Jika anda mula mengikuti pergerakan harga silver dari 2011, anda akan setuju bahawa pergerakkan harga silver ini boleh mencapai dalam 30% dalam beberapa hari sahaja, dalam mana-mana minggu. Pergerakkan harga harian di sekitar 3-5% adalah perkara biasa.

Saya kongsikan dengan anda satu contoh dari minggu lepas. Pada malam Rabu (28/11/2012) sekitar 10pm, harga silver jatuh dari $33.80 ke $32.90. Jika anda ada membeli silver sejurus sebelum harga silver jatuh, anda kerugian: ibarat melihat RM100 anda tiba-tiba bertukar menjadi RM97 sahaja dalam 2 jam. Mesti tak sedap hati kan?

Yang menariknya, dalam 24 jam selepas itu, harga silver menaik semula, ke sekitar $33-$34, kemudian disusuli dengan ‘pecutan kilat’ ke $34.40 pada malam Khamis (29/11/2012).

Jika anda ada membeli silver ketika harga berada di $32.90 dan kemudian menjual silver anda pada harga $34.30, anda sudah membuat keuntungan lumayan dalam hanya 24 jam. Walaupun nampak senang dan menarik, realitinya sangat kurang pelabur yang berjaya berbuat demikian. Tiada siapa-siapa yang boleh meneka pergerakan silver dan menjual silver fizikal dengan begitu pantas.

Jadi, sebagai pelabur biasa, anda tidak digalakkan untuk membuat pelaburan jangka pendek yang banyak bergantung kepada pergerakkan jangka pendek harga silver, kecuali jika anda sanggup tidak tidur malam kerana risau kerugian!

Anda juga boleh memikirkan untuk membeli silver dalam bentuk numismatic coins, untuk mengurangkan kemungkinan modal pelaburan silver anda ‘terkacau’ besar. Sebabnya, numismatic coins ini ada numismatic value-nya yang tersendiri – jarang dipengaruhi oleh pergerakan harga silver. Cuba kita tengok 1 oz Panda Silver Coin:

Tahun       Harga keluaran (termasuk15% cukai) Harga sekarang (termasuk 15% cukai)
2010 RM 92.00 RM 224.60
2011 RM 163.20
RM 172.80
2012 RM 165.00 RM 168.20

* Panda Coin ini banyak dipengaruhi numismatic value-nya, jadi harga coin ini boleh menjadi berbeza, mengikut permintaan di lokasi tersebut dan kadar tukaran wang asing.

 

Dari jadual di atas, Silver Panda ini mempunyai harganya yang tersendiri. Pergerakkan besar harga spot silver tidak mempunyai kesan yang besar ke atas harga Silver Panda Coins ini. Pada awal tahun ini, ketika harga silver jatuh ke paras sekitar $26-$27, harga Silver Panda tidak jatuh, ia kekal sahaja pada RM 168. Tetapi, apabila harga silver naik pada 2010-2011, harga Silver Panda ini turut naik, akibat kenaikkan harga spot, dan numismatic value Silver Panda.

Perkara sebegini biasanya tidak berlaku kepada coins lain seperti American Silver Eagle atau Canadian Maple Leaf. Harga coin-coin ini dipengaruhi besar oleh pergerakkan harga spot silver. Apabila harga spot silver jatuh, harga untuk coin-coin ini turut akan jatuh.

Selain dari perbezaan di atas, Silver Panda juga ditempa dalam jumlah yang lebih kecil berbanding legal tender coins dari negara lain seperti American Silver Eagle. China mempunyai populasi 4.3 kali ganda lebih banyak dari US, dan Kerajaan China telah banyak mengalakkan rakyatnya untuk membeli Silver Panda. Setakat ini, banyak Silver Panda ini tidak keluar dari China, kerana telah dibeli dan disimpan rakyatnya sendiri (pelabur dan pengumpul).

Potensi dalam Silver Panda ini harus dipandang serius oleh mana-mana pelabur.

Kesimpulannya, jika anda sedang mencari jalan alternatif untuk menangani masalah harga silver yang volatile, anda boleh melihat kepada mendapatkan coins yang mempunyai numismatic value. Silver Panda adalah salah satu contoh yang sesuai. Namun, ingat bahawa bukan semua numismatic coins mempunyai potensi pelaburan yang sama. Pelabur silver yang masih baru harus tidak terlibat dalam pelaburan silver yang mempunyai numismatic value yang tinggi – kecuali pelabur ini yakin dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi.

ebook_BM

Saya telah menulis dalam eBook saya Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia untuk menunjukkan bagaimana untuk membuat pulangan lumayan dari pelaburan silver. Jika anda serius dalam pelaburan silver, anda harus mendapatkan eBook ini.

SocialTwist Tell-a-Friend