Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Manulife Asset Management telah menerbitkan sebuat laporan berkenaan ‘penuaan’ rakyat Malaysia.

  • Pada 2010, hanya 5% warga Malaysia berumur 65 ke atas
  • Menjelang 2050, 15% warga Malaysia akan tergolong dalam umur ini.

Populasi Malaysia sedang mengalami proses penuaan. Setiap tahun yang berlalu akan menyaksikan peningkatan jumlah warga emas dalam masyarakat kita:

  • Pada 2010, setiap 100 dewasa yang bekerja akan ‘menyara’ 7 warga emas.
  • Pada 2050, setiap 100 dewasa bekerja akan ‘menyara’ 23 warga emas.

Setiap kali bercakap tentang persaraan, dan sokongan kewangan selepas bersara, ramai akan memikirkan wang mereka di KWSP, atau EPF dalam Bahasa Inggeris. Tapi, jika dinilai dengan lebih teliti, kurang dari 40% warga Malaysia yang bekerja mempunyai akaun di KWSP.

 kwsp

KWSP juga mempunyai beberapa isu:

  • Perancangan Persaraan untuk semua, kurang spesifik mengikut keperluan individu - KWSP adalah antara pelaburan terstabil dan terbaik, kerana berjaya menjana pulangan dividen 4.x% – 6.x% secara konsisten. Tahun lepas 2012, dividen dari KWSP adalah pada 6.15% – jumlah yang sengat baik dalam situasi ekonomi kita ini. Namun, pulangan ini hanya sedikit sahaja melepasi pulangan dari FD (Fixed Deposit atau Simpanan Tetap). Cara di atas mungkin sesuai untuk mereka pada umur 50 keatas, dan mempunyai keluarga. Mereka ini tidak sesuai mengambil risiko dengan wang mereka kerana mempunyai tanggungan. Tetapi mereka yang dalam umur bawah 30 dan tidak mempunyai tanggungan (tiada isteri, anak, dan ibu bapa mereka masih sihat) boleh membuat pelaburan yang lebih berisiko untuk menjana pulangan besar. Pada mereka, pulangan 4.x% – 6.x% adalah kurang. Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini perlu memikirkan cara lain untuk menjana lebih pulangan dari wang mereka.
  • Kebanyakkan orang menghabiskan simpanan KWSP mereka dalam 3-5 tahun - Pada hujung 2011, 86.5% pencarum aktif dalam KWSP mempunyai simpanan KURANG DARI 100,000. Jika seorang pesara menghabiskan RM1667 setiap bulan (untuk makanan, ubat-ubatan dan keperluan lain), simpanan beliau akan habis KURANG DARI 5 TAHUN. Ramai pesara juga tidak bersedia untuk menggunakan wang sebanyak itu. Mereka biasanya hanya menerima gaji dan mengurus kewangan mereka, mungkin dalam ribuan setiap bulan (RM3000, 5000 atau 8000) – mereka mungkin belum bersedia untuk mengurus wang sebanyak itu kerana kekurangan ilmu dan pengetahuan kewangan yang mencukupi. Blueprint Kewangan mereka akan membawa mereka kembali kepada kedudukan mereka sebelum itu, kekurangan wang. Ini adalah antara sebab mengapa pemenang wang besar seperti dalam loteri atau permainan akan menghabiskan kekayaannya dalam masa 3-5 tahun.

Selain dari membina kemahiran mengurus wang dengan lebih baik, kita juga perlu memikirkan untuk mengambil sedikit risiko dan mengembangkan dana persaraan kita, dan tidak hanya bergantung kepada KWSP. Pada pendapat saya, Silver kini telah dikenalpasti pelaburan terulung dekad ini. Silver juga akan membawa kepada perpindahan kekayaan terbesar dalam sejarah manusia. Sama seperti tenaga, Kekayaan tidak boleh dihapuskan, ia cuma berpindah dari satu poket ke poket yang lain. Persoalan untuk generasi masa kini adalah, kekayaan tidak lagi boleh dinilai dengan mata – kekayaan ini telah menjadi lutsinar. Jika anda tidak terlatih untuk membuat penilaian, anda tidak akan mampu melihat perpindahan kekayaan ini.

Pelaburan silver adalah sesuatu yang sangat senang. Anda hanya perlu membeli dengan harga rendah, dan jual pada harga tinggi. Malangnya, ramai yang berbuat sebaliknya. Ketika harga melonjak, mereka membeli dengan banyak, hanya untuk melihat harga silver jatuh balik. Bila harga silver jatuh ke tahap rendah, mereka berputus asa dan menjual silver mereka.

Jika anda mahu menjual ketika mahal, anda harus membeli ketika harga murah. Pergerakkan harga (naik dan turun) silver akan sentiasa berlaku. Dalam sejarah manusia, BELUM PERNAH lagi pergerakan mendatar pada harga sebarang benda berlaku. Harga silver kini adalah pada $29 (masa penulisan). Harga ini bukanlah harga terendah, tetapi harga ini cukup rendah untuk mula membeli silver. Kadang-kadang, adalah lebih baik untuk membeli pada harga yang baik, dari menunggu harga lantai yang mungkin tidak akan berlaku.

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-fooUntuk melihat dengan lebih lanjut, saya cadangkan anda untuk membaca eBook Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia.

DownloadNow-300x93

SocialTwist Tell-a-Friend

Harga Silver Jatuh. Jadi?

Minggu lepas (20 Februari), harga silver jatuh menjunam – $1 dalam 6 jam sahaja!

silver13

Dalam 30 hari lepas, silver jatuh dari $32 ke $28.

silver_30_day_o_usd

 

Jika kita tengok pergerakkan harga dari September 2012 hingga Februari 2013, trend ini timbul:

lower-high

 

Carta ini menunjukkan trend Lower High. Trend  Lower High biasanya menunjukkan yang setiap kemuncak harga akan menjadi lebih rendah berbanding kemuncak harga yang sebelumnya. Jika kita tengok balik carta di atas, High 1 berada pada paras $35, High 2 paras $34.40 dan High 3 pada $32.25.

Kemunculan trend Lower High biasanya menunjukkan yang pasaran sedang kehilangan kekuatan. Adakah ini bermakna harga silver akan terus jatuh? Saya sendiri tidak pasti kerana pasaran biasanya sukar diramal. Pada saya sendiri, harga sekarang bukanlah yang terendah, tetapi harga sekarang merupakan peluang untuk menambah pegangan silver anda. Untuk menjual tinggi, anda harus membeli ketika harga rendah. Namun, ramai yang selalunya tidak membeli, kerana bimbang harga akan terus jatuh.

Sepanjang 10 tahun lepas, terdapat banyak peluang untuk membeli lebih silver. Jika anda terlepas peluang sebelum ini, anda mungkin tidak mahu terlepas kali ini. Ingatkah anda posting terdahulu saya berkenaan bilakah waktu terbaik untuk menanam pokok? Jawapan terbaik adalah 10 tahun lepas, dan jawapan kedua terbaik adalah sekarang!

Silver Buy the Dips - GoldSilver_com

Jika anda sedang memikirkan untuk menjual silver, saya kongsikan dengan anda bagaimana untuk membuat keputusan samada mahu terus memegang pelaburan anda, atau menjualkannya. Untuk silver, cadangan saya adalah untuk terus menerus menilai faktor-faktor asas yang menjadikan silver aset pelaburan yang begitu baik. Jika tiada perubahan pada asasnya, teruskan memegang silver anda. Jangan jual. Bak kata pepatah, sebatang panah perlu ditarik ke belakang dahulu sebelum boleh ditembak ke depan.

Dalam pelaburan silver, anda perlu mengalahkan emosi anda, mengundurkan langkah dan menilai asas silver secara keseluruhannya. Dunia sekarang mempunyai bekalan silver yang terhad, kos pengeluaran silver yang tinggi, permintaan pelaburan dan industri yang tinggi, dan ‘currency war’ sedang berjalan antara bank-bank pusat dunia – masing-masing sedang sibuk mencetak wang fiat.

Memandangkan 75% silver baru datang dari aktiviti perlombongan, adalah penting untuk menilai kos perlombongan. Pada pertengahan 2012, Pan American Silver (PAAS) membuat kenyataan bahawa kos perlombongan silver secara purata adalah dalam $13.87/oz. Ramai pakar merasakan yang ini adalah tidak logik, dan kos sebenar untuk mengeluarkan silver adalah dalam $26.54. Harga ini lebih logik, kerana harga silver biasanya akan mendapat sokongan yang sangat kuat pada $26 sejak dari 2011 lagi. Takkan harga silver nak jatuh lebih rendah dari kos pengeluaran!?

support

Adakah harga sekarang akan terus jatuh sehingga $26? Jika harga silver sampai sana, adakah ia akan mendapat sokongan untuk tidak terus jatuh? Lebih penting lagi, bilakan waktu terbaik untuk membeli silver?

Dalam Keahlian Pelaburan Silver Malaysia, saya berkongsi formula terbaik dengan ahli-ahli di sana untuk menentukan waktu bilakah sesuai utnuk membeli silver. Pada masa penulisan ($28.79), formula saya menunjukkan perkiraan yang menyokong pembelian. Anda boleh juga tunggi sehingga silver jatuh menyentuh paras $26 (paras sokongan kuat), tetapi jika harga silver tidak pergi ke arah sana, sebaliknya melantun balik ke $30? anda mungkin kehilangan peluang keemasan untuk membeli! dalam pelaburan silver, anda lebih rela terawal 1 tahun dari terlewat 1 hari!

c0e801904863b8ceccd0b1bd0904

Pada 20 Feb 2013, Eric Sprott (pakar silver dan pengurus dana berstatus billionaire) menyatakan beliau basih percaya dengan silver sebagai pelaburan terbaik dekad ini. Eric menyatakan yang silver sepatutnya bernilai $100 hari ini, dan beliau menjangka yang silver menjanjikan lebih keuntungan berbanding emas. Beliau meramal silver akan sekurang-kurangnya mencapai $200/oz, dan tidak akan berasa hairan jika silver menjadi lebih mahal dari harga tersebut. Ujar beliau ‘Bila anda mendagangkan bekalan silver 1 tahun anda dalam 1 hari – saya rasa kami (syarikat) baru habis mendagangkan bekalan emas 1 tahun kali dalam 1 hari, melampau! Pemintaan sebegitu besar hanya boleh menuju 1 tempat – harga yang lebih tinggi pada masa depan.’

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-fooPanduan Praktikal Pelaburan Silver di Malaysia ditulis untuk membantu anda memahami dengan lebih mendalam tentang pasaran silver di Malaysia. Anda akan mempelajari teknik perkiraan, strategi pelaburan silver, dan cara pantas mendapatkan silver anda yang pertama. Klik sini untuk maklumat lanjut.

DownloadNow-300x93

 

 

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Waktu Terbaik Untuk Menanam Pokok

home_tree

Waktu bila paling sesuai untuk kita menanam pokok?

Jawapan terbaik untuk soalan di atas tadi adalah 10 tahun lepas. Kedua terbaik, SEKARANG! Jika anda telah melabur silver 10 tahun lepas, anda dapat membelinya pada harga di bawah $5, dan harga jualan silver sekarang adalah $30. 600% keuntungan dalam 10 tahun! Jika anda tidak sempat membeli silver 10 tahun lepas, sekaranglah peluang anda.

silver_10_year_o_usd

Yang menariknya, sangat kurang orang yang tahu nilai silver. Minggu lepas, saya berkongsi video yang menunjukkan berapa jahilnya pengethauan orang ramai berkenaan nilai emas. Minggu ini, saya kongsikan pula benda yang sama, tetapi tentang silver, Walaupun silver sekrang dalam lingkungan USD30, ramai yang tidak akan membelinya – biarpun hanya $1. Bila cakap pasal melabur, ramai gagal untuk mencipta keuntungan kerana mereka tidak memahami konsep ‘beli murah, jual mahal’. Mereka pernah mendengar konsep ini, tetapi mereka tidak memahami atau mempraktikkan dengan betul.  Satu lagi, macam mana mereka boleh ‘beli murah jual mahal’ jika mereka tidak tahu pun nilai sesuatu benda itu?

Video ini adalah testimoni terbaik kepada apa yang saya baru bincangkan.

2 orang ‘otai’ logam berharga – David Morgan dan Mike Maloney sedang berbincang silver sambil dalam kereta. Mereka berbincang tentang emas dan silver. Jika semua emas dengan tiba-tiba hilang terus dari bumi ini, tidak akan berlaku banyak perubahan. Ini kerana emas tidak mempunyai kegunaan industri yang besar. Namun, jika kehidupan kita tidak mempunyai silver, kita akan kehilangan hampir semua teknologi moden di keliling kita! Balik ke zaman batulah nampaknya.

Buat kali pertama dalam sejarah manusia, jika kita ambil semua emas dan silver yang ada di bumi ini, kita mempunyai 5 kali ganda lebih emas untuk dilaburkan. Emas dan silver gred pelaburan adalah hampir tulen (99.9%). Dunia ini sekarang mempunyai dalam 3-5 billion oz emas yang boleh dibeli untuk pelaburan – Silver, hanya 1 billion oz.

Saya kongsikan di sini juga salah satu perbincangan yang ada dalam Malaysia Silver Investor Membership – Salah satu dari ahli bertanya kepada saya soalan-soalan yang bernas, sangat bernas sehingga saya rasa baik dikongsikan dengan pembaca blog ini. Untuk melindungi identiti, saya telah mengaburkan nama-nama ahli dalam membership ini. Terdapat juga ruangan khas dalam Bahasa Malaysia – Keahlian Pelaburan Silver Malaysia.

qa1

Dalam program keahlian ini, ahlinya datang dari pelbagai latar belakang, dan mempunyai pengalaman berbeza dalam pelaburan silver. Bukan sahaja saya, malah ramai lagi yang sudi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan sesama ahli, terutamanya ahli-ahli yang sudah lama melabur. Mereka juga banyak berkongsi informasi, panduan, dan berita semasa.

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-fooSaya telah menulis Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia, sebuah eBook yang ditulis khas untuk membantu warga Malaysia dalam pelaburan silver. Anda akan mempelajari pelbagai strategi pelaburan, dan cara mendapatkan silver anda di bawah harga pasaran! Klik sini untuk informasi lanjut.

DownloadNow-300x93

SocialTwist Tell-a-Friend

Rekod Jualan Silver Tertinggi Dalam Sejarah!

American Silver Eagle baru saja mencipta sejarah untuk jualan bulanannya. Jumlah jualan keseluruhan untuk Januari 2013 telah mencecah 7.42 juta oz dalam 1 bulan sahaja! Jumlah ini telah memecah rekod jualan sebelum ini, sebanyak 6.4 juta oz pada Januari 2011.

silver+eagle+habis+jual

Jika anda masih belum jelas tentang situasi penjualan American Silver Eagle, saya kongsikan di sini secara ringkas:

  1. Pada 17 Disember 2012, US Mint mengumumkan kepada pembelinya yang berlesen bahawa ASE 2012 telah habis dijual, dan tiada lagi ASE 2012 yang akan ditempa. ASE 2013 hanya akan dibuka untuk tempahan pada 7 Januari 2013.
  2. Pada 7 Januari 2013, US Mint mengumumkan bahawa 3.937 juta ASE telah dijual dalam satu hari sahaja – Jumlah jualan harian ini adalah yang tertinggi dalam sejarah!
  3. Pada 8 Januari 2013, US Mint menjual 300,000 keping lagi ASE. Ramai menjangkakan Januari 2013 bakal merekodkan jualan tertinggi bulanan dalam sejarah.
  4. Pada 17 januari 2013, US Mint telah habis menjualkan semua ASE 2013 nya. Jualan akan dihentikan sehingga mereka boleh menempa coin baru. Jualan hanya akan bermula semula pada 28 Januari 2013.
  5. Minggu ini (bermula 28 Januari 2013), semua pembeli berlesen US Mint sedang berebut sesama sendiri untuk mendapatkan ASE baru, sekaligus mewujudkan pembelian besar-besaran, 2 kali dalam sebulan! Pada 29 Januari, sebanyak 1.5 juta oz ASE terjual.
  6. Pada 30th Januari 2013, US Mint telah menjual 7.42 million oz sepanjang Januari 2013, memecahkan rekod jualan bulanan 6.4 juta oz pada Januari 2011. Jumlah jualan bulan ini diramal mencecah 8 juta oz.

Pelabur silver seluruh dunia suka membeli American Silver Eagle. Coin ini juga merupakan antara pilihan terbaik untuk pelabur silver di Malaysia kerana premiumnya yang rendah (berbanding coin-coin lain) dan kecairannya yang tinggi. Kecairan di sini bermaksud kepantasan penjualan di pasaran. Coin ini juga mempunyai rekaan yang cantik, dan hasil kerja yang halus. Saya ada menulis dengan lanjut berkenaan American Silver Eagle di pasaran silver tempatan.

Data penghasilan silver menunjukkan untuk setiap 1oz emas yang berjaya dihasilkan dari lombong, 10oz silver dihasilkan. Namun pada waktu ini, US Mint melaporkan bahawa penjualan silver kini adalah 53 kali ganda penjualan emas.

Jika silver terus dibeli pada kadar sebegini, jangan terkejut jika satu hari nanti, anda tidak akan lagi mampu membeli silver coin secara fizikal. Jadi, jangan berlengah lagi, dapatkan silver anda sekarang!

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Bagaimana Menangani Masalah Pergerakan Harga Silver Yang Besar

Harga entry (beli) dan harga exit (jual) adalah dua benda terpenting dalam pelaburan silver. Ini kerana keuntungan dari pelaburan silver bergantung sepenuhnya kepada perbezaan antara harga belian dan jualan. Konsep ini banyak dinyatakan di luar sana sebagai buy low, sell high (beli rendah, jual tinggi). Nampak senang, tetapi konsep ini gagal dipraktikkan ramai kerana satu sebab:

Harga silver sangat volatile, atau tidak stabil. Jika anda mula mengikuti pergerakan harga silver dari 2011, anda akan setuju bahawa pergerakkan harga silver ini boleh mencapai dalam 30% dalam beberapa hari sahaja, dalam mana-mana minggu. Pergerakkan harga harian di sekitar 3-5% adalah perkara biasa.

Saya kongsikan dengan anda satu contoh dari minggu lepas. Pada malam Rabu (28/11/2012) sekitar 10pm, harga silver jatuh dari $33.80 ke $32.90. Jika anda ada membeli silver sejurus sebelum harga silver jatuh, anda kerugian: ibarat melihat RM100 anda tiba-tiba bertukar menjadi RM97 sahaja dalam 2 jam. Mesti tak sedap hati kan?

Yang menariknya, dalam 24 jam selepas itu, harga silver menaik semula, ke sekitar $33-$34, kemudian disusuli dengan ‘pecutan kilat’ ke $34.40 pada malam Khamis (29/11/2012).

Jika anda ada membeli silver ketika harga berada di $32.90 dan kemudian menjual silver anda pada harga $34.30, anda sudah membuat keuntungan lumayan dalam hanya 24 jam. Walaupun nampak senang dan menarik, realitinya sangat kurang pelabur yang berjaya berbuat demikian. Tiada siapa-siapa yang boleh meneka pergerakan silver dan menjual silver fizikal dengan begitu pantas.

Jadi, sebagai pelabur biasa, anda tidak digalakkan untuk membuat pelaburan jangka pendek yang banyak bergantung kepada pergerakkan jangka pendek harga silver, kecuali jika anda sanggup tidak tidur malam kerana risau kerugian!

Anda juga boleh memikirkan untuk membeli silver dalam bentuk numismatic coins, untuk mengurangkan kemungkinan modal pelaburan silver anda ‘terkacau’ besar. Sebabnya, numismatic coins ini ada numismatic value-nya yang tersendiri – jarang dipengaruhi oleh pergerakan harga silver. Cuba kita tengok 1 oz Panda Silver Coin:

Tahun       Harga keluaran (termasuk15% cukai) Harga sekarang (termasuk 15% cukai)
2010 RM 92.00 RM 224.60
2011 RM 163.20
RM 172.80
2012 RM 165.00 RM 168.20

* Panda Coin ini banyak dipengaruhi numismatic value-nya, jadi harga coin ini boleh menjadi berbeza, mengikut permintaan di lokasi tersebut dan kadar tukaran wang asing.

 

Dari jadual di atas, Silver Panda ini mempunyai harganya yang tersendiri. Pergerakkan besar harga spot silver tidak mempunyai kesan yang besar ke atas harga Silver Panda Coins ini. Pada awal tahun ini, ketika harga silver jatuh ke paras sekitar $26-$27, harga Silver Panda tidak jatuh, ia kekal sahaja pada RM 168. Tetapi, apabila harga silver naik pada 2010-2011, harga Silver Panda ini turut naik, akibat kenaikkan harga spot, dan numismatic value Silver Panda.

Perkara sebegini biasanya tidak berlaku kepada coins lain seperti American Silver Eagle atau Canadian Maple Leaf. Harga coin-coin ini dipengaruhi besar oleh pergerakkan harga spot silver. Apabila harga spot silver jatuh, harga untuk coin-coin ini turut akan jatuh.

Selain dari perbezaan di atas, Silver Panda juga ditempa dalam jumlah yang lebih kecil berbanding legal tender coins dari negara lain seperti American Silver Eagle. China mempunyai populasi 4.3 kali ganda lebih banyak dari US, dan Kerajaan China telah banyak mengalakkan rakyatnya untuk membeli Silver Panda. Setakat ini, banyak Silver Panda ini tidak keluar dari China, kerana telah dibeli dan disimpan rakyatnya sendiri (pelabur dan pengumpul).

Potensi dalam Silver Panda ini harus dipandang serius oleh mana-mana pelabur.

Kesimpulannya, jika anda sedang mencari jalan alternatif untuk menangani masalah harga silver yang volatile, anda boleh melihat kepada mendapatkan coins yang mempunyai numismatic value. Silver Panda adalah salah satu contoh yang sesuai. Namun, ingat bahawa bukan semua numismatic coins mempunyai potensi pelaburan yang sama. Pelabur silver yang masih baru harus tidak terlibat dalam pelaburan silver yang mempunyai numismatic value yang tinggi – kecuali pelabur ini yakin dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi.

ebook_BM

Saya telah menulis dalam eBook saya Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia untuk menunjukkan bagaimana untuk membuat pulangan lumayan dari pelaburan silver. Jika anda serius dalam pelaburan silver, anda harus mendapatkan eBook ini.

SocialTwist Tell-a-Friend