Wang Pokok Pisang Malaya

Minggu lepas, bank-bank Cyprus yang telah ditutup hampur 2 minggu akhirnya dibuka semula. Bank Pusat Cyprus meletakkan peraturan pengeluaran maksimum  €300 setiap hari, dan sebarang pemindahan dana adalah tidak dibenarkan. Jika anda tidak tahu dengan jelas apa yang sedang berlaku di Cyprus, anda boleh baca di sini.

Cukai yang dicadangkan adalah 3% untuk deposit di bawah €100k, 6.75% untuk €100 – €500k dan 15% untuk akaun €500k ke atas. Pada artikel sebelumnya, saya menyatakan:

…Realitinya, kerajaan boleh mencuri seberapa banyak dana yang dimahukan…

Perbincangan terbaru di Cyprus pula ada menimbulkan ura-ura bahawa semua akaun yang mempunyai deposit €100,000 ($128,000 atau RM397,000) akan dikenakan cukai 60% untuk menyelamatkan Cyprus dari bankrap.40% tinggalan pula akan dibekukan untuk memastikan kecairan kewangan negara. Sebagai contoh, jika anda ada RM400,000 di Cyprus, RM240,000 akan diambil oleh kerajaan, dan RM160,00 0 akan dibekukan.

Cyprus Bank

Rancangan untuk hanya MENCURI 15% kini bertukar menjadi 60%! Kalau bukan MEROMPAK apa lagi perkataan yang lebih sesuai? Ditambah lagi dengan pembekuan dana dalam akaun-akaun ini. Rakyat Cyprus tidak dapat membangkang, kerana ini adalah keputusan kerajaan Cyprus sendiri. Teruk bukan? Inilah realitinya di Cyprus.

Apa yang berlaku di Cyprus adalah sesuatu yang sangat penting, dan akan dicatatkan dalam sejarah kewangan dunia. Sepanjang sejarah kewangan, ‘rompakan yang sah’ sebegini tidak pernah berlaku sama sekali – Tidak pernah apa-apa kerajaan mengambil wang rakyat dengan begitu sahaja! Kebangkitan rakyat Cyprus menentang kezaliman kerajaan mereka sendiri adalah sesuatu yang pasti.

Apa selepas ini? Cyprus berkemungkinan besar akan meneruskan program pengawalan dana keluar negara. Rakyat Cyprus akan mengeluarkan wang yang ada setiap hari dan membelanjakannya dengan mentaliti ‘Kalau saya tidak belanjakan wang, wang ini akan diambil kerajaan’. Hasilnya, Cyprus bakal dilanda hiperinflasi.

Peristiwa Cyprus ini pernah berlaku di Jerman selepas Perang Dunia Pertama. Hiperinflasi melanda Jerman pada 1921-1924. Kerana perbelanjaan perang yang terlalu tinggi, Jerman telah mencetak matawang fiat Reichmarksnya dengan banyak, menyebabkan hiperinflasi. Kesan hiperinflasi ini mula menyerang golongan kelas pertengahan dan menyebabkan mereka membelanjakan terus wang mereka sebaik dibayar gaji. Hiperinflasi bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Hiperinflasi bukan lagi mainan seperti sepinggan nasi ayam naik harga dari RM4 – RM5. Hiperinflasi, jika diletakkan dalam perspektif Malaysia, akan nampak seperti ini: sebuku roti yang dulunya RM0.50, akan menjadi RM 201 Billion selepas 3-4 tahun.

German Mark

Jerman terlibat dalam perperangan senjata api, manakala Cyprus pula sedang berperang dengan instrumen kewangan mereka sendiri. Berbeza dengan perperangan senjata api, perperangan Cyprus ini sangat lutsinar, tidak tampak di mata, dan ramai tidak sedar yang perperangan sedang rancak berjalan.

Mungkin anda rasa perkara seperti di atas itu terlalu drastik untuk berlaku di Malaysia? 70 tahun lepas, Malaysia melalui juga Hiperinflasinya sendiri, melalui ‘Duit Pokok Pisang’ yang dihasilkan oleh Jepun ketika zaman penjajahannya (1942-1945). Untuk memastikan pihak berkuasa penjajah mempunyai wang yang cukup, mereka terus mencetak wang tersebut tanpa memikirkan kesan inflasi yang bakal melanda.

banana-money

Pada masa sebegitu, emas dan silver menjadi pilihan terbaik untuk menyimpan kekayaan. Emas dan silver bukan sahaja akan naik harga ketika krisis sebegitu, malah kerajaan tidak akan dapat mencuri emas dan silver anda! (Ingat, Emas dan silver anda itu perlu ada di tangan anda sendiri). Antara emas dan silver, silver mempunyai lebih potensi berbanding emas. Selain mempunyai status sebagai logam berharga (seperti emas), silver juga mempunyai penggunaan industri yang jauh lebih tinggi. Komputer, telefon, penyaman-udara, TV, bateri, cip-cip RFID, dan banyak lagi penggunaan silver. Hampir setiap barangan elektronik menggunakan silver kerana silver adalah konduktor elektrik terbaik di dunia. Silver juga anti-bakteria, menyebabkan penggunaan tinggi di sektor perubatan. Untuk melihat kegunaan silver dengan lebih mendalam, sila rujuk sini. 

Jumlah silver yang dipegang ETF (Exchanged Traded Funds, atau dana dagangan tukaran) jika terus meningkat:

etf

Untuk pelabur silver individu, saya menyarankan anda mula dengan membeli sedikit silver coin, bar atau round. Harga silver mungkin naik-turun dalam jangka masa pendek, tetapi pada saya semua itu adalah ‘gangguan’ – Tidak perlu diambil kira sangat.

silver-eagle

Coin American Silver Eagle adalah silver coin yang saya paling minati, dan kumpul denga banyak. Rekaan yang cantik dan premium yang rendah menjadikannya berbaloi untuk dibeli. Saya juga suka tulisan ‘ONE DOLLAR’ di coin tersebut, seperti mengingatkan saya dengan fakta ini: Coin ini dijual dalam harga $30 di pasaran (RM100-RM120 bergantung kepada sumber pembelian anda). Coin ini dulunya boleh dengan harga hanya $1 sahaja. Inilah kesan inflasi, yang telah menolak harga silver sehingga menjadi sebegini tinggi.

Biasanya, silver gred pelaburan di Malaysia boleh dikategorikan dalam coin (syilling), bar (jongkong) atau round (bulatan). Untuk pelabur yang beru mula berjinak-jinak, saya cadangkan anda bermula dengan American Silver Eagle kerana kelebihannya berbanding  silver lain di pasaran. Saiznya yang lebih kecil dan harganya yang lebih murah membolehkan ramai untuk melabur dalam coin ini. Premiumnya juga lebih rendah berbanding numismatic coin (lebih nilai silver untuk wang anda). Coin ini juga mempunyai rekaan menarik, dan merupakan silver coin yang mempunyai permintaan tertinggi di Malaysia. Malahan, juga merupakan silver coin terlaris di dunia!

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-fooPanduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia merupakan eBook yang ditulis khas untuk membantu warga Malaysia dalam pelaburan silver. Anda akan mempelajari strategi dan tips-tips menarik untuk melabur silver dengan bijak dan betul. Klik sini untuk maklumat lanjut.

DownloadNow-300x93

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Update Goldsilver.com Insiders dari Mike Maloney

Setelah dua kali American Silver Eagles habis dijual, Canadian Mint pula yang sekarang ini  giat mengawal penjualan silvernya. Alex Reeves (Pengurus Besar Perhubungan Canadian Mint) berkata, “Berdepan dengan permintaan tinggi, Royal Canadian Mint kini sedang mengawal penjualan Silver Maple Leafs yang masih ada, sebagai usaha untuk memastikan semua pelanggan setia kami dilayan”. Apa yang boleh dibuktikan dari situasi sebegini adalah bekalan silver fizikal adalah sangat ketat sekarang, sehingga penempa coin-coin silver ini pun susah mendapatkan silver untuk diproses menjadi coin. Ini termasuklah pemain-pemain industri seperti Apple yang tidak mampu menghasilkan iMac barunya.

Ini adalah update terbaru dari Sifu pelaburan silver dan emas, Mike Maloney, untuk Program Gold Silver Insiders beliau. Beliau telah mempelajari dengan mendalam sejarah ekonomi dunia, mempunyai pengetahuan terkini berkenaan masalah ekonomi dunia sekarang ini, dan sedang giat mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang kepentingan memiliki emas dan silver pada situasi ekonomi sekarang. Mike sentiasa berhujah tentang kekuatan asas dan potensi pelaburan silver dan emas. Beliau melaburkan 90% dari wangnya dalam silver.

Di Malaysia, ramai pelabur emas dan silver ingin menyertai program Mike Maloney ini. Anda boleh menjadi ahli dengan membeli 500oz silver, 10oz emas, atau membayar yuran keahlian secara terus di GoldSilver.com – USD 1,659.10, dalam lebih kurang RM5,143.21.

insider1

Pilihan Pertama, 500oz silver – Silver yang dijual di GoldSilver.com boleh dikategorikan sebagai silver ‘kurang hangat’. 2 jenis silver dijual di sana, coins (legal tender), dan bar silver bersaiz besar. Membeli coins dari luar negara adalah mahal kerana anda perlu membayar 15% duti import kepada Kastam Diraja Malaysia. Kenapa perlu bayar 15% extra bila peniaga silver tempatan boleh menjual kepada anda dengan harga yang lebih murah? Bar silver besar seperti 10oz dan 100oz mempunya premium rendah, adalah pelaburan yang bagus, dan tidak dikenakan duti. Namun, kecairan silver sebegini adalah rendah di Malaysia. 10 biji 1oz silver boleh dijual dengan lebih cepat berbanding sebiji bar 10oz. Bayangkan, hampir semua pekerja kelas pertengahan di Malaysia mampu mengeluarkan dalam RM100 untuk membeli 1oz silver. Tetapi untuk bar 10oz yang berharga lebih dari RM1000, tidak ramai yang mampu. Kalau 10oz pun sudah susah, siapa yang mahu beli bar 100oz?

Pilihan Kedua, emas 10oz - Berpandukan Gold Silver Ratio yang kini dalam lingkungan 50+-, GoldSilver.com meletakkan kadar pembelian emas untuk layak memasuki Program Insiders ini 50 kali ganda lebih kurang dari silver. Gold Silver Ratio boleh ditentukan dengan membahagikan harga emas dengan harga silver. Contohnya, jika harga emas hari ini adalah USD1660.30 manakali silver pada USD31.28, maka Gold Silver Ratio adalah 53 (1660.30/31.28). Ramai membeli emas untuk pelbagai sebab, sesetengahnya berkaitan tradisi dan adat. Misalnya pada perkahwinan orang Cina dan India, orang akan membeli rantai, cincin dan perhiasan emas. Dalam kalangan keluarga Cina yang berada, kelahiran bayi baru dalam keluarga akan dirayakan dengan membeli emas. Pada masa yang sama, bank-bank pusat dunia juga sedang giat mencari dan menyimpan emas sebagai pelindung kepada kejatuhan USD. Ketika emas sedang giat disimpan, silver pula dengan rakusnya sedang diguna oleh industri. Apabila silver digunakan dalam industri, biasanya silver-silver ini tidak lagi dikitar semula. Saya tidak mempunyai masalah dengan pelaburan emas, tetapi fakta menunjukkan bahawa silver mempunyai potensi yang jauh lebih besar berbanding emas. Jadi, mengeluarkan RM55,000 untuk membeli emas dengan GoldSilver.com (untuk menjadi ahli Insiders) bukanlah jalan terbaik, kecuali jika pelabur itu telah melaburkan RM500,000 dalam silver.

Pilihan ketiga, membayar yuran keahlian terus, USD1,659.10, atau RM5143.21 - Informasi dalam GoldSilver Insider program ini sememanglah hebat, tetapi membayar RM5,143.21 untuk menjadi ahli bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan ramai. Malahan, yuran keahlian setinggi itu sebenarnya mungkin telah melemahkan mereka yang ingin belajar pelaburan silver, tetapi tidak mempunyai wang yang banyak. Pada saya, ini sasuatu yang sangat ironik – biasanya pelabur muda dan berbajet-rendah tidak mempunyai banyak wang untuk dilaburkan. Jika pakar-pakar pelaburan ini meminta bayaran yang sebegitu tinggi, dan pelabur-pelabur kecil kita ini membayar untuk keahliannya, berapa lagi modal pelaburan yang masih ada untuk pelabur kecil-kecilan kita ini?

Untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah menulis sebuak eBook bertajuk: Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia yang akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk melabur silver dari 1oz sehinggalah 1000oz. eBook ini juga akan menunjukkan kepada anda cara-cara selamat untuk melabur silver di Malaysia, tempat untuk mendaatkan silver gred pelaburan termurah, kesilapan-kesilapan lazim yang perlu diperhatikan ketika melabur silver, dan banyak lagi tip-tip menarik dalam pelaburan silver Malaysia. Anda juga boleh menyertai Program Keahlian Pelaburan Silver Malaysia dengan yuran yang jauh lebih murah.

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-foo

Memetik kata-kata pujangga – Jika anda rasa yang pelajaran itu mahal, bayangkan harga kejahilan. Kesilapan pelaburan silver bukanlah sesuatu yang seronok. eBook ini datang dengan informasi padat setebal 100++ muka surat, dan 2 lagi laporan untuk membantu anda melabur dalam silver. Klik sini untuk maklumat lanjut.

DownloadNow-300x93

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Pelaburan Silver Malaysia

Featured

Salam Sejahtera! Saya Daniel Foo. Di blog ini, saya banyak berkongsi informasi berkenaan pelaburan silver di Malaysia. Saya telah menulis sebuah eBook dalam 100 lebih muka surat, padat dengan informasi terbaik tentang pelaburan silver di pasaran Malaysia. Jika anda serius untuk cuba menjana pulangan lumayan dari pelaburan silver, saya sarankan anda untuk muat turun  eBook Pelaburan Silver saya.

 

SocialTwist Tell-a-Friend