Harga Silver Jatuh Mendadak! Tapi Jangan Cuak!

silver_1_year_o_usd

Jika anda selalu memerhatikan harga silver, anda pasti telah nampak trend penurunan harga silver sejak Oktober 2012. Persoalannya? Adakah ini masanya untuk melepaskan pegangan silver a.k.a menjual silver anda? Jawapan ringkas dari saya, TIDAK.

David Morgan, pakar pelaburan silver pernah berkata begini apabila ditanya tentang pasaran: “samada pasaran akan menakutkan anda, atau meletihkan anda”. Jika anda mempunyai fokus yang sempit (seperti jangka masa pelaburan yang pendek), anda mungkin akan keletihan mengejar pergerakkan harga, atau mungkin gusar yang harga silver akan terus jatuh. Apa yang anda akan nampak adalah hanya benda-benda negatif. Jika anda pelabur sebegini, cuba panjangkan jangka masa pelaburan anda:

silver_5_year_o_usd

$26 adalah kedudukan harga yang sangat kritikal. harga ini merupakan paras sokongan yang sangat kuat, dan kejatuhan harga silver banyak dihentikan pada paras ini. Laporan menyatakan yang kos untuk melombong dan menghasilkan silver adalah dalam $26 -$28. Bolehkah harga silver jatuh lebih rendah dari paras $26 ini? MUNGKIN, tetapi TIDAK AKAN KEKAL LAMA.

2/3 silver yang dihasilkan digunakan dalah industri dan perhiasan. Jika harga spot silver jatuh menembusi $26, terdapat 2 kemungkinan:

  1. Aktiviti perlombongan terpaksa dihentikan. Tiada siapa yang sudi menghabiskan RM1.00 untuk menghasilkan barangan yang hanya boleh dijual pada RM0.80. Kilang-kilang yang memerlukan silver akan menghadapi kekurangan bekalan, dan harga silver akan naik balik, dengan drastik.
  2. Jurang perbezaan harga antara silver fizikal dan silver kontrak/silver kertas akan terus membesar. Pedagang kontrak silver boleh sahaja menjatuhkan harga silver sehingga $1 (dengan menggunakan strategi ‘shorting’), tetapi adalah tidak mungkin untuk siapa-siapa membeli silver pada harga itu (siapa yang mahu jual?). Mereka yang mempunyai silver fizikal akan memegang erat pada silver mereka, dan tidak akan menjual, kecuali ditawarkan harga yang setimpal.

Silver miner with nugget

Hakikatnya, bekalan silver sedia (yang telah dilombong dan diproses) adalah 5 kali lebih kurang dari emas – Dunia sekarang mempunyai 3-5 billion oz emas, dan hanya 1 billion oz silver. Silver mempunyai ribuan penggunaan dalam industri, manakala emas hanya sedikit. Jika kita melihat kepada perlombongan dan penghasilan silver dan emas sekarang, nisbahnya hanyalah 10:1 – untuk setiap 1oz emas, 10oz silver dihasilkan. Tetapi, pelabur sedang membeli silver dalam 50 kali ganda lebih banyak berbanding emas. untuk setiap 1oz emas yang terjual, 50oz silver menemui pemilik baru.

Keadaan sebegini tidak mungkin dapat bertahan. Senario di atas ini ibarat sebuah kedai roti sedang menjual 50  buku roti setiap hari, sedangkan dia hanya mampu menghasilkan 10 buku setiap hari. 40 buku yang lain itu datang dari mana? Mungkin bekalan roti lama yang tidak terjual. Namun, lambat-laun, habis juga bekalan roti lama ini. Masa inilah harga roti akan melonjak. Cuba bayangkan situasi sebegini pada pasaran silver – mesti sangat MENARIK. Pada masa itu, saya akan berpegang erat pada silver saya, sambil melihat orang berpusu-pusu dan berebut-rebut membeli silver.

Memandangkan silver ini adalah logam berharga dan industri, harga silver akan melonjak jika:

  • Ekonomi sedang maju, dan permintaan industri meningkat, ATAU
  • Matawang sedunia mengalami penambahan bekalan (inflasi tinggi),

Ingat, silver peranan lebih sebagai logam industri, dan juga merupakan logam berharga. Tidak kiralah macam mana situasinya, harga silver tetap akan naik. Macam mana keadaannya jika ekonomi mengalami kemajuan, dan inflasi turut naik? Bagus tu, sama seperti anda naik pangkat, dan mendapat bonus tahunan pada masa yang sama.

Pada saya, ekonomi yang rancak dan inflasi tinggi biasanya tidak berlaku serentak. Ekonomi sedunia sedang tenat. Eropah masih dalam kancah masalah, dan kadar pengangguran di US masin tinggi. Namun, inflasi besar sedang dalam perjalanan untuk menghantui kita semua. Beberapa bulan lepas, US telah melancarkan ‘Quantitative Easing Forever’ (Bank Pusat US akan mencetak US Dollar tanpa henti, sehingga diberitahu); Jepun pula telah mengumumkan akan menggandakan jumlah matawang Yen di pasaran kepada $3 trillion Yen menjelang akhir 2014. Kesan polisi sebegini adala inflasi tinggi. Logam berharga adalah pelindung inflasi yang terbaik.

Ilmu asas untuk berjaya dalam pelaburan adalah beli rendah, dan jual tinggi. Teori yang senang, tetapi ramai yang gagal memahaminya. Untuk menjual dengan tinggi, anda perlu membeli ketika harganya sedang rendah. Tetapi, bila harga sedang rendah, ramai pelabur gusar yang harga akan terus menjunam – akibatnya, mereka terlepas peluang untuk membeli ketika harga rendah.

Tetapi, jika anda telah terbeli ketika harga silver sedang tinggi pada $35? Masih ada cara. Ketika harga silver sedang rendah masa ini, anda boleh mengamalkan Dollar Cost Average untuk merendahkan harga pembelian purata anda.

silver_1_year_o_usd

Sebagai contoh: Andaikan kadar pertukaran USD dan MYR adalan 3.15 dan kita abaikan premium (kita membeli silver pada harga spot)

Jika anda sentiasa membeli 1oz silver setiap bulan, harga belian anda adalah seperti berikut:

  • $35.00 (RM110.25)
  • $33.75 (RM106.31)
  • $32.15 (RM101.27)
  • $29.00 (RM91.35)
  • $27.00 (RM85.05)

Harga pembelian purata anda HANYALAH RM98.84/oz. Anda tidak perlu menunggu sehingga harga silver naik balik ke $35.00 (RM110.25) untuk mendapatkan modal anda balik. Anda boleh sudah berbuat demikian ketika harga silver berada pada $31.38 (RM98.85). Semua benda di dunia ini bergerak dalam roda, ada naik ada turun. Bila harga naik sehingga $32, walaupun anda telah terbeli silver pada $35 (RM110.25), anda masih boleh menjual silver anda pada $32 (RM100.80) dan masih mendapat untung.

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-foo

Dollar Cost Average adalah satu strategi yang dirangka khas untuk melindungi pelabur dari pergerakan harga yang terlalu drastik. Dollar Cost Average adalah 1 dari 4 strategi pelaburan yang saya bincangkan dalam eBook: Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia.

DownloadNow-300x93

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Wang Anda Tidak Lagi Selamat di Bank!

Kecurian di siang hari!

Cyprus adalah sebuah negara kepulauan kecil di Laut Meditteranean, dan merupakan ahli Kesatuan Eropah (EU). Hampir semua ahli dalam EU menggunakan matawang Euro

Cyprus kini sedang menghadapi bencana kewangan yang teruk. Mereka banyak meminjam wang kepada Greece. Jadi, apabila ekonomi di Greece merosot teruk, banyak bank di Cyprus ‘mengambil peluang’ dengan menambah pegangan mereka dalam bon kerajaan Greece, dengan harapan Bank Pusat Eropah (ECB) akan memberi bantuan kepada Greece. Malangnya, pertaruhan mereka meleset, Greece kini hampir bankrap. Ini menyebabkan banyak bank di Cyprus menanggung hutang yang jauh lebih tinggi dari aset mereka. Jumlah hutang mereka ini jauh melebihi pengeluaran dalam negara kasar (KDNK, atau GDP) negara Cyprus sendiri! Bank-bank ini hanya boleh menadah tangan meninta bantuan dari ECB dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Bagai jatuh ditimpa tangga, ECB dan IMF hanya akan memberi bantuan separa, dan bukan bantuan penuh – Cyprus perlu mencari sendiri sebahagian dari dana bantuan kecemasan untuk diri mereka sendiri.

20130328_cyp

Soalnya sekarang, mana mahu cari dana? Terdesak, Cyprus membuat keputusan untuk ‘mencuri’ terus wang dari rakyat mereka sendiri! Pada 15 Mac 2013, kerajaan Cyprus mengumumkan akan mengenakan ‘cukai’ 6.75% ke atas semua akaun bank yang mempunyai simpanan bawah €100k, dan 9.99% untuk yang melebihi €100k. Sebagai contoh, jika anda mempunyai simpanan RM100k di bank, besok harinya, anda hanya akan ada 90k sahaja yang tinggal. Mana sudah 10k tadi? Oh… sudah kena ambil dengan kerajaan.

Cyprus-ATM

Rakyat Cyprus dengan logiknya mengerumuni bank-bank untuk mengeluarkan wang masing-masing. Untuk mengelakkan orang mengeluarkan wag mereka dari bank, Kerajaan Cyprus mengumumkan hari cuti kebangsaan, dan menutup semua bank. Orang yang berbaris panjang di ATM, hanya mampu melihat dengan kecewa bahawa mesin-mesin ini telak KEHABISAN WANG TUNAI.

Cuba fikirkan, jika kerajaan boleh sahaja ‘mencuri’ 6.75% atau 9.99% dari rakyat, apa yang akan mengelakkan mereka dari mengulangi perbuatan yang sama? Pada 19 Mac 2013, Cyprus menukar pula rancangan mereka. Kali ini, cadangannya adalah mengambil 3% ‘cukai’ dari akaun simpanan berdeposit €100k ke bawah, 6.75 untuk akaun €100-€500k, dan 15% untuk yang melebihi €500k. Realiti di sini adalah, kerajaan boleh sahaja mendapatkan seberapa banyak wang yang mereka mahu dari akaun simpanan yang anda, termasuk akaun saya dan anda.

Pada Jumaat, 22 Mac 2013, kerajaan Cyprus pula mengumumkan mereka akan ‘mencuri’ lagi dari tabung pencen negara (boleh disamakan dengan KWSP di sini). Pada masa penulisan, pelan ini belum lagi ditentukan dengan telilti. Tetapi yang pastinya, apa-apa ‘penyelesaian’ untuk krisis Cyprus ini akan MEMBAWA KESUSAHAN DAN KESENGSARAAN kepada rakyatnya.

Sekarang ini, rakyat Cyprus telah hilang keyakinan mereka terhadap sistem perbankan di sana. Kedai-kedai tidak lagi menerima kad kredit atau cek, hanya wang tunai – ini kerena pembayaran kad kredit atau cek akan dikenakan cukai oleh kerajaan. Pada rakyat Cyprus, wang mereka kini lebih selamat di bawah bantal dari di dalam bank.

Tragedi di Cyprus ini merupakan peringatan kepada kita semua bahawa krisis kredit dunia ini belum lagi selesai, malahan bakal menjadi semakin teruk. Cyprus hanyalah bara dalam sekam yang akan menghasilkan kebakaran yang lebih dasyhat di masa depan. Pada masa-masa sebegini, emas dan silver adalah pilihan terbaik untuk kita menyimpan kekayaan kita. Emas terutamanya sangat sesuai untuk menyimpan kekayaan dalam umlah yang besar.

Namun, JIKA betullah ramalan pakar kewangan dunia bahawa pada masa depan orang akan menggunapakai balik emas dan silver dalam urusan jualbeli, emas mungkin tidak sesuai untuk digunakan dalam semua transaksi. Ini kerana emas mempunyai nilai yang terlalu tinggi. 1 Gram emas mempunyai nilai dalam RM165 (harga spot emas).  Anda mungkin akan JARANG menggunakan emas untuk membeli roti / mi / beras – nilainya terlalu tinggi. Silver lebih sesuai untuk urusan jual beli sebegitu – silver kini hanya bernilai RM3/gram (harga spot silver), 55 kali ganda lebih murah dari emas.

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-foo

Dalam Panduan Praktikal: Pelaburan Silver Malaysia, anda kaan MEMPELAJARI cara-cara untuk membeli silver menggunakan teknik yang betul. Elakkan dari terpaksa beratur di ATM ketika krisis kewangan nanti – dengan silver di tangan, anda lebih bersedia untuk apa-apa kemungkinan pada masa hadapan.

DownloadNow-300x93

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Penggunaan Silver

Emas dan silver adalah logam berharga (precious metals), and memainkan peranan penting dalam sejarah kewangan dunia. Perbezaan terbesar emas dan silver dalam dalam penggunaan industri. Emas biasanya disimpan oleh bank-bank pusat dan kerajaan sedunia, manakala silver pula digunakan dalam industri. Setiap tahun bekalan emas bertambah di dunia ini, tetapi bekalan silver pula semakin mengecil.

537674_10151596338110625_1244440047_n

Terdapat LEBIH DARI 10,000 penggunaan silver yang diketahui setakat ini. Antaranya:

Kereta

myvi-interior

Setiap kali anda memandu atau duduk dalam sebuah kereta, anda sedang melihat applicasi penggunaan silver. 36 juta oz silver digunakan dalam industri automobil setiap tahun. Setiap tindakan elektrik dalam kereta moden hari ini dilakukan wayar-wayar yang mempunyai silver sebagai penyalutnya.

Fungsi asas seperti menghidupkan enjin, mengawal tingkap kuasa, kerusi dan but menggunakan suis yang mempunyai membran silver. Ketika memandu, wayar silver-seramik membebaskan haba yang membantu mengurangkan kebut pada cermin. Akhirnya, bahan aktif dalam cecair penyahbeku adalah Etilena Oksida, sebatian yang dibuat dari silver.

Bateri

silver-battery

 

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, bateri silver oksida telah mula menggantikan bateri litium yang lebih terkenal. Bateri sel silver mempunyai nisbah kuasa-berat yang lebih baik berbanding bateri lain. Banyak bateri-cas-semula pada hari ini juga mempunyai aloi silver pada bahagian negatifnya. Bateri silver oksida yang paling biasa di pasaran adalah bateri butang yang banyak digunakan dalam kamera, permainan, alat bantuan pendengaran, jam tangan dan kalkulator. Biasanya, 35% dari berat bateri-bateri ini adalah silver.

Bateri silver oksida juga telah mula menggantukan bateri litium-ion di telefon bimbit dan komputer riba, memandangkan silver ini lebih selamat dan menjaga alam sekitar. Bateri baru dan sedang menaik popularitinya adalah bateri silver-zinc. Bateri ini mempunyai sebatian berasaskan air, dan tidak mempunyai litium atau apa-apa cecair mudah terbakar. Penggunaan silver dalam industri bateri akan terus meningkat sejajar dengan keperluan penjagaan alam sekitar.

ElektronikElectronics

Sistem elektronik banyak mempunyai silver. Dari mematikan lampu sehinggalah menghidupkan TV, silver memainkan peranan yang penting. Silver merupakan konduktor elektrik yang terbaik, dan menjadikannya pilihan terbaik untuk sistem elektronik, dari papan litar bersepadu, sehinggalah kepada suis dan skrin TV. CD, DVD dan panel skrin plasma juga menggunakan silver.

Suis membran silver juga digunakan pada butang-butang di TV, telefon, ketuhar gelombang mikro, permainan kanak-kanak dan papan kekunci komputer. Suis-suis ini berfungsi dengan konsisten, dan mampu digunakan berjuta-juta kali. Silver juga digunakan dalam suis-suis biasa seperti yang mengawal keterangan bilik.

Dakwat berasaskan silver juga digunakan untuk menghasilkan antena RFID (Radio Frequency Identification) – RFID ini digunakan untuk mengawal kecurian barang dan membantu pengurusan iventori di gudang-gudang. Sistem Touch n’ Go juga menggunakan RFID.

Kesimpulannya, permintaan silver pada 2010 adalah dalam 10 juta oz setahun. Dijangka 2015, permintaan silver akan MELEPASI 45 juta oz setahun. Penggunaan silver sekarang dan pada 2015 adalah seperti berikut:

silver-future-application

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-foo

Dalam Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia, anda akan MEMPELAJARI cara untuk melabur dalam logam paling bernilai dekad ini. Dengan panduan ini, anda boleh melabur silver dengan yakin, dan mengelakkan banyak kesilapan.

DownloadNow-300x93

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Waktu Terbaik Untuk Menanam Pokok

home_tree

Waktu bila paling sesuai untuk kita menanam pokok?

Jawapan terbaik untuk soalan di atas tadi adalah 10 tahun lepas. Kedua terbaik, SEKARANG! Jika anda telah melabur silver 10 tahun lepas, anda dapat membelinya pada harga di bawah $5, dan harga jualan silver sekarang adalah $30. 600% keuntungan dalam 10 tahun! Jika anda tidak sempat membeli silver 10 tahun lepas, sekaranglah peluang anda.

silver_10_year_o_usd

Yang menariknya, sangat kurang orang yang tahu nilai silver. Minggu lepas, saya berkongsi video yang menunjukkan berapa jahilnya pengethauan orang ramai berkenaan nilai emas. Minggu ini, saya kongsikan pula benda yang sama, tetapi tentang silver, Walaupun silver sekrang dalam lingkungan USD30, ramai yang tidak akan membelinya – biarpun hanya $1. Bila cakap pasal melabur, ramai gagal untuk mencipta keuntungan kerana mereka tidak memahami konsep ‘beli murah, jual mahal’. Mereka pernah mendengar konsep ini, tetapi mereka tidak memahami atau mempraktikkan dengan betul.  Satu lagi, macam mana mereka boleh ‘beli murah jual mahal’ jika mereka tidak tahu pun nilai sesuatu benda itu?

Video ini adalah testimoni terbaik kepada apa yang saya baru bincangkan.

2 orang ‘otai’ logam berharga – David Morgan dan Mike Maloney sedang berbincang silver sambil dalam kereta. Mereka berbincang tentang emas dan silver. Jika semua emas dengan tiba-tiba hilang terus dari bumi ini, tidak akan berlaku banyak perubahan. Ini kerana emas tidak mempunyai kegunaan industri yang besar. Namun, jika kehidupan kita tidak mempunyai silver, kita akan kehilangan hampir semua teknologi moden di keliling kita! Balik ke zaman batulah nampaknya.

Buat kali pertama dalam sejarah manusia, jika kita ambil semua emas dan silver yang ada di bumi ini, kita mempunyai 5 kali ganda lebih emas untuk dilaburkan. Emas dan silver gred pelaburan adalah hampir tulen (99.9%). Dunia ini sekarang mempunyai dalam 3-5 billion oz emas yang boleh dibeli untuk pelaburan – Silver, hanya 1 billion oz.

Saya kongsikan di sini juga salah satu perbincangan yang ada dalam Malaysia Silver Investor Membership – Salah satu dari ahli bertanya kepada saya soalan-soalan yang bernas, sangat bernas sehingga saya rasa baik dikongsikan dengan pembaca blog ini. Untuk melindungi identiti, saya telah mengaburkan nama-nama ahli dalam membership ini. Terdapat juga ruangan khas dalam Bahasa Malaysia – Keahlian Pelaburan Silver Malaysia.

qa1

Dalam program keahlian ini, ahlinya datang dari pelbagai latar belakang, dan mempunyai pengalaman berbeza dalam pelaburan silver. Bukan sahaja saya, malah ramai lagi yang sudi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan sesama ahli, terutamanya ahli-ahli yang sudah lama melabur. Mereka juga banyak berkongsi informasi, panduan, dan berita semasa.

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-fooSaya telah menulis Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia, sebuah eBook yang ditulis khas untuk membantu warga Malaysia dalam pelaburan silver. Anda akan mempelajari pelbagai strategi pelaburan, dan cara mendapatkan silver anda di bawah harga pasaran! Klik sini untuk informasi lanjut.

DownloadNow-300x93

SocialTwist Tell-a-Friend