Strategi Pelaburan Silver ala-ala Buaya

crocBuaya adalah antara spesies haiwan yang paling berjaya di dunia. Buaya telah wujud selama hampir 200 juta tahun, dari zaman dinosaur lagi! Buaya dengan sabarnya sentiasa mengkaji perilaku mangsanya, dan sanggu menghabiskan masa panjang menunggu (sampai kelaparan pun takpe). Sampai masanya, sang buaya akan menerkam yakin mangsanya, dengan kelajuan dan ketepatan menggerunkan!

Sang buaya perlukan BANYAK protein dalam dietnya untuk memastikan kebolehannya untuk memburu, dan berenang. Kalau buaya ini banyak menghabiskan masanya memburu ikan-ikan kecil yang senang dimakan, berapa banyak tenaga yang perlu dihabiskan olehnya? tidak berbaloi. Strategi terbaik untuk sang buaya kita ini adalah dengan jarang menyerang, tetapi setiap serangan menghasilkan makanan untuknya.

Dalam pelaburan silver, kita juga perlu melabur macam buaya. Sang buaya tidak menghabiskan masa mengejar anak-anak ikan; kita sebagai pelabur silver juga tidak harus menghabiskan masa menilai pergerakan harga silver yang kecil. Pergerakan harga silver dalam 2-3% seharai adalah perkara biasa, dan tidak perlu menjadi kebimbangan, adan diperbesar-besarkan

Jika seorang pelabur cuba bermain ‘keluar-masuk’ ketika pergerakan harga silver sedang dalam julat 2-3%, dia mungkin akan melalui pengalaman si kawan kita ini: mula-mula, dia cuba menilai waktu yang sesuai untuk membeli silver. kemudian, apabila dia sudah membeli, dia mula mengikuti harga silver dengan kerap. Dia membeli ketika harga silver naik, dan menjual ketika harga rendah (biasa dengar kan?). Yang peliknya, tiba-tiba dia perasan yang dia sudah kehabisan wang, dan tidak lagi mampu meneruskan pelaburannya. Game Over!

joke-fx

Jika anda banyak membuat ‘jual-beli’ dalam jangka masa pendek, anda berkemungkinan tinggi akan mengalami nasib yang sama dengan si kawan di atas itu. Untuk pelaburan silver fizikal, anda tidak perlu memantau pergerakan harga setiap hari. Malahan, perbuatan sedemikian adalah tidak baik untuk pelabur silver fizikal.

Cuba tengok carta ini:

silverApa yang carta ini sedang tunjukkan? tidak banyak selain harga terkini silver. Carta ini hanyalah garisan yang memberitahu anda harga terkini silver, dan itu sahaja. Carta ini tidak menunjukkan sebarang bentuk, trend, support atau resistance level. Memanglah senang untuk anda melihat harga terkini silver dengan carta ini, tetapi kadang-kadang, sesuatu yang ringkas biasanya akan merumitkan hidup anda. Sebaliknya, jika anda sanggup menghabiskan sedikit masa untuk belajar berkenaan pelaburan silver, benda yang susah dan merumitkan boleh saja menyenangkan hidup anda.

Saya sendiri hanya melihat carta 8 jam, carta harian, dan carta mingguan. Kenapa? semakin panjang jangka waktunya, semakin jelas trend, dan sebaliknya, lebih pendek masa, lebih banyak ‘noise’ dalam carta. Saya kongsikan di sini carta mingguan herga silver dari Oktober 2011 sehingga Januari 2013. Nampak bukan bentuk ‘wave’ yang jelas?

silver-range

Seorang pelabur ala-ala buaya akan menunggu dengan sabar dan mempelajari corak pergerakkan harga silver dan menunggu peluang. Sebaik masanya telah tiba, beliau akan membeli silver dengan keyakinan dan ketepatan masa yang menggerunkan! Pelabur silver ala-ala buaya ini akan mendapat kelebihan dari pelaburan silvernya dalam cara ini:

silver-wave

Dalam Dagangan (trade) 1, pelabur ini mempunyai 14 hari untuk membeli silvernya pada $39, dan kemudian mempunyai 21 hari untuk menjualkan silvernya pada $35.

Dalam Dagangan 2, Pelabur ini mempunyai 28 hari untuk membeli silvernya pada $28, dan kemudiannya, 14 hari untuk menjualkan silvernya pada $35.50.

Dalam Dagangan 3, Pelabur ini mempunyai 98 hari untuk membeli silvernya pada $27.50, dan kemudiannya, 28 hari untuk menjualkan silvernya pada $34.50.

Jika pelabur ala-ala buaya ini telah melaburkan RM10,000 sebagai modal, selepas 1 tahun, modalnya akan berkembang sehingga RM 19,208.75. tengok, pelabur ala-ala buaya ini cuma membuat 3 kali dagangan dalam setahun untuk hampir menggandakan wangnya. Dia tidak mengejar perubahan harga kecil-kecilan, atau bimbang dengan pergerakan harga silver saban hari. Padanya, membuang masa dan tenaga. Dia melihat situasi dengan lebih menyeluruh, mempelajari permainan silver ini, dan mempunyai pelan sebelum melabur dalam silver. Melabur dalam silver tanpa pelan adalah ibarat memburau dalam hutan pada waktu malam dan berharap akan dapat membunuh seekor harimau. Mana mungkin?silap-silap, dia sendiri yang kena bunuh balik.

Strategi pelaburan ala-ala buaya ini sesuai dengan pelabur agresif yang mempunyai masa dan tenaga (tidak banyak yang diperlukan pun). Terdapat juga strategi pelaburan lain seperti Dollar Cost Averaging (Pemurataan Kos Dolar) yang sesuai untuk pelabur yang pasif. Terdapat juga strategi lain yang saya kongsikan di eBook Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia.

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-foo

Dalam pelaburan silver, tiada strategi yang boleh digunapakai semua. eBook ini akan berkongsi pelbagai strategi pelaburan silver di Malaysia. Anda kemudian boleh memilih strategi yang sesuai dengan anda. Klik sini untuk maklumat lanjut.

DownloadNow-300x93

SocialTwist Tell-a-Friend

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>