Rekod Jualan Silver Tertinggi Dalam Sejarah!

American Silver Eagle baru saja mencipta sejarah untuk jualan bulanannya. Jumlah jualan keseluruhan untuk Januari 2013 telah mencecah 7.42 juta oz dalam 1 bulan sahaja! Jumlah ini telah memecah rekod jualan sebelum ini, sebanyak 6.4 juta oz pada Januari 2011.

silver+eagle+habis+jual

Jika anda masih belum jelas tentang situasi penjualan American Silver Eagle, saya kongsikan di sini secara ringkas:

  1. Pada 17 Disember 2012, US Mint mengumumkan kepada pembelinya yang berlesen bahawa ASE 2012 telah habis dijual, dan tiada lagi ASE 2012 yang akan ditempa. ASE 2013 hanya akan dibuka untuk tempahan pada 7 Januari 2013.
  2. Pada 7 Januari 2013, US Mint mengumumkan bahawa 3.937 juta ASE telah dijual dalam satu hari sahaja – Jumlah jualan harian ini adalah yang tertinggi dalam sejarah!
  3. Pada 8 Januari 2013, US Mint menjual 300,000 keping lagi ASE. Ramai menjangkakan Januari 2013 bakal merekodkan jualan tertinggi bulanan dalam sejarah.
  4. Pada 17 januari 2013, US Mint telah habis menjualkan semua ASE 2013 nya. Jualan akan dihentikan sehingga mereka boleh menempa coin baru. Jualan hanya akan bermula semula pada 28 Januari 2013.
  5. Minggu ini (bermula 28 Januari 2013), semua pembeli berlesen US Mint sedang berebut sesama sendiri untuk mendapatkan ASE baru, sekaligus mewujudkan pembelian besar-besaran, 2 kali dalam sebulan! Pada 29 Januari, sebanyak 1.5 juta oz ASE terjual.
  6. Pada 30th Januari 2013, US Mint telah menjual 7.42 million oz sepanjang Januari 2013, memecahkan rekod jualan bulanan 6.4 juta oz pada Januari 2011. Jumlah jualan bulan ini diramal mencecah 8 juta oz.

Pelabur silver seluruh dunia suka membeli American Silver Eagle. Coin ini juga merupakan antara pilihan terbaik untuk pelabur silver di Malaysia kerana premiumnya yang rendah (berbanding coin-coin lain) dan kecairannya yang tinggi. Kecairan di sini bermaksud kepantasan penjualan di pasaran. Coin ini juga mempunyai rekaan yang cantik, dan hasil kerja yang halus. Saya ada menulis dengan lanjut berkenaan American Silver Eagle di pasaran silver tempatan.

Data penghasilan silver menunjukkan untuk setiap 1oz emas yang berjaya dihasilkan dari lombong, 10oz silver dihasilkan. Namun pada waktu ini, US Mint melaporkan bahawa penjualan silver kini adalah 53 kali ganda penjualan emas.

Jika silver terus dibeli pada kadar sebegini, jangan terkejut jika satu hari nanti, anda tidak akan lagi mampu membeli silver coin secara fizikal. Jadi, jangan berlengah lagi, dapatkan silver anda sekarang!

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>