Pasaran Silver China

Saya yakin, anda sudah jelak mendengar tentang QE3 (pertengahan september), QE4 (awal disember) dan berita tentang tiada lagi stok ASE coins di US Mint (minggu lepas). Jadi, untuk posting kali ini, mari kita tengok cerita silver di China – Negara ekonomi ke-2 terbesar dunia.

china-managed-services

SilverInstitute telah menghasilkan laporan bertajuk The Chinese Silver Market Рanda boleh dapatkannya percuma di sini. Laporan ini sepanjang 26 muka surat, dan penuh dengan tulisan kecil dan istilah-istilah ekonomi yang memeningkan. Saya akan cuba ringkaskan laporan itu di posting ini.

Permintaan silver untuk pelaburan secara runcit mempunya potensi untuk naik mendadak dalam jangka masa pendek atau sederhana, kerana semakin ramai rakyat China kini mampu membeli silver bars dan coins. Permintaan silver untuk kegunaan industri dan perhiasan adalah antara pemacu peningkatan penggunaan silver. Permintaan silver untuk tujuan pelaburan telah berkembang pesat sepanjang 2008-2011. Dengan perkembangan pasaran silver China yang menggalakkan, permintaan silver dan bekalan silver diramal akan terus mencapai peningkatan dalam beberapa tahun mendatang. (klik imej untuk mendapatkan gambar dalam saiz penuh)

pelaburan+silver+malaysia+china

Pemprosesan silver (fabrication) untuk tujuan industri dijangka akan terus meningkat di hampir semua sektor industri – permintaan industri akan menjadi tunjang kepada pengukuhan dan peningkatan silver. Pada zaman dahulu, silver dilihat sebagai wang, dan kemudiannya dijadikan barang kemas dan peralatan. Namun sekarang, silver kini memainkan peranan lebih sebagai logam industri, fungsinya sebagai wang dilihat lebih kecil.

Carta seterusnya akan menunjukkan anda perbezaan antara permintaan untuk fabrication dan bekalan silver. Silver Fabrication merujuk kepada perbuatan menghasilkan sesuatu dengan menggunakan silver, contohnya silver ditambah ke dalam smartphone ketika penghasilannya. Silver, jika digunakan dalam fabrication, biasanya jarang dikitar semula.

pelaburan+silver+malaysia+china

Jadi, silver untuk fabrication ini digunakan di mana ya? graf seterusnya pula akan menunjukkan penggunaan silver – aplikasi industri, barang kemas, peralatan silver, syilling dan pingat, dan akhirnya fotografi.

 pelaburan+silver+malaysia+fabrication

Jika anda masih ingat apa yang saya tuliskan sebentar tadi, pada hari ini, silver lebih dilihat sebagai logam industri, kemudiannya sebagai wang. Kita sudah lihat penggunaan silver dalam industri, sekarang kita lihat silver untuk pelaburan.

Pada Julai 2009, Kerajaan China membenarkan rakyatnya membeli silver. China memperkenalkan program pelaburan silver dalam bentuk bar pada 2009. Ramai rakyat China membeli silver, atas:

  1. China mempunyai kadar simpanan yang tinggi. Ini bermakna pelabur tempatan di China mempunyai banyak wang tunai yng perlu di’parking’ segera.
  2. Pilihan pelaburan adalah kurang di China, kerana pasaran kewangan di China masih baru. Jadi, ramai melaburkan wang mereka dalam silver dan emas.
  3. Pasaran hartanah masih tidak stabil dan pasaran telah dikawal kerajaan untuk mengelakkan spekulasi. Pada masa yang sama, harga saham jatuh di China. Ini menyebabkan ramai membeli silver dan emas.
  4. Kadar faedah masih rendah, dan sebenarnya hampir ke 0%. Dengan berbuat demikian, Kerajaan China cuba menggalakkan rakyatnya tidak menyimpan wang mereka di bank, tetapi dalam bentuk silver dan emas.

Perasan tak yang permintaan silver untuk pelaburan telah meningkat secara drastik sepanjang 2008 – 2012? (2012 belum berakhir pada masa pembuatan carta, jadi jumlah sebenar adalah semsetinya lebih besar).

pelaburan+silver+malaysia+china

Permintaan silver untuk pelaburan telah meningkat banyak di China beberapa tahun kebelakangan ini. Dari hanya pemain kecil-kecilan di pasaran beberapa tahun lepas, China kini merupakan pasaran utama untuk pelaburan fizikal silver. Salah satu silver fizikal China yang terkenal adalah Chinese Silver Panda Coins. Anda boleh mula melabur silver dengan hanya membayar RM130/oz, untuk sekeping Silver Panda.

pelaburan+silver+malaysia+jim+rogers

Pelabur terkenal, Jim Rogers pernah berkata:

“Jika anda seorang bijak pandai pada 1807, anda akan berpindah ke London. Jika anda seorang bijak pandai pada 1907, anda akan ke New York. Jika anda bijak pandai pada 2007, anda akan berpindah ke Asia.”

Dalam konteks Malaysia pula:

“Jika anda seorang bijak pandai pada 2006, wang anda akan dilaburkan ke Bursa Malaysia. Jika anda seorang bijak pandai pada 2008, wang anda akan dilaburkan ke hartanah. Jika anda seorang bijak pandai pada 2013 pula, wang anda akan dilaburkan ke silver.”

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-fooPanduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia adalah eBook pelaburan silver khas untuk warga Malaysia. Anda akan mempelajari pelbagai strategi pelaburan silver secara praktikal. Anda juga akan mengetahui cara untuk membeli silver di bawah harga pasaran! Klik sini untuk maklumat lanjut.

DownloadNow-300x93

SocialTwist Tell-a-Friend

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>