My Silver Accumulator – Soalan Lazim Dan Jawapan

My Silver Accumulator (MSA) - Soalan Lazim dan Jawapan

 

Soalan 1: Apakah objektif Bullion Accumulator Program ini, jika dilihat dari perspektif seorang pelabur?  
Jawapan:

  1. Strategi Monthly Cost Averaging dari program ini akan membantu pelabur untuk mengatasi masalah ketidakstabilan harga logam berharga, dan meminimakan kesilapan akibat membuat pelaburan ketika harga sedang tinggi
  2. Insentif pengenalan akan mendorong anda untuk berkongsi dengan rakan dan saudara anda tentang strategi pelaburan ini dan menambah jumlah pelabur yang mempunyai disiplin untuk melabur secara tetap, walaupun harga pasaran tidak stabil.
  3. Insentif pengenalan membantu pelabur untuk merendahkan kos pelaburan.
  4. Untuk membantu penjualan logam berharga dengan harga setinggi mungkin, melalui 3 saluran penjualan yang ditawarkan.

Soalan 2: Mengapa saya perlu menunggu 3 bulan untuk menerima logam saya? 
Jawapan: Ahli program dialu-alukan untuk mengambil logam mereka di pejabat kami sebaik sahaja bayaran dilangsaikan. Mereka yang ingin menggunakan pos akan diminta untuk menunggu penghantaran setiap 3 bulan, supaya kos penghantaran direndahkan. Program ini bertujuan untuk merendahkan kos pelaburan silver dan emas. Jika kita menggunakan harga pada april 2012, kos penghantaran sebanyak RM6 adalah lebih kurang 5% harga 1oz silver. Jika pos dibuat setiap 3 bulan, kos RM6 hanyalah 1.67% silver – membantu dalam penjimatan kos pelaburan.

Soalan 3: Kenapa saya perlu bayar One Time Joining Fee? 
Jawapan: PMA adalah program keahlian yang datang dengan manfaat jangka panjang kepada ahlinya, dan seperti biasa, program keahlian biasanya mempunyai yuran keahlian.  Yuran keahlian sebanyak RM300 sebenarnya adalah rendah, berbanding dengan kebanyakkan program pelaburan silver yang bermula dari RM1000 ke atas. One Time Joining Fee (Yuran Keahlian) anda digunakan untuk membayar 1oz silver pertama anda, dan 1oz silver untuk ahli yang memperkenalkan anda. Lebihan digunakan untuk membayar smartcard keahlian dan kos pentadbiran program.

Soalan 4: Apa akan berlaku jika saya terlepas pembelian bulanan? 
Jawapan: Ahli yang terlepas pembelian bulanan akan kehilangan bonus. Ahli ini boleh memilih untuk menyambung semula pelaburan mereka pada bila-bila masa tanpa caj tambahan. Bonus logam akan dikira semula dari bulan pertama sambungan pelaburan. Namun, kami memberi tempoh pergantungan selama 11 hari dari tarikh akhir pembayaran sebelum proses pembatalan bonus, memberi masa yang cukup untuk ahli menjual silver di tangan untuk membayar silver dari program ini dan rebat tambahan akibat bayaran lewat. Dalam kebanyakkan situasi, ahli tidak akan gagal membayar, kerana pelaburan bulanan minimum dalam program ini adalah 1oz – jumlah yang mampu dilaburkan oleh orang ramai.

Soalan 5: Perlukan Saya Menetapkan Jumlah Pelaburan Minimum Bulanan? 
Jawapan: Ya, komitmen minimum bulanan adalah 1oz silver.

Soalan 6: Adalah tarikh pembelian itu tetap? 
Jawapan: Ya. PMA membuat tempahan silver dari pengedar pada hari kerja pertama pada setiap bulan. Ini membenarkan strategi Monthy Cost Averaging untuk berjalan dengan sebenar-benarnya, dan merendahkan kos pelaburan.

Soalan 7: Bila anda menghantar invois kepada ahli? 
Jawapan: Ahli akan dihantarkan invoisnya pada hari bekerja kedua setiap bulan.

Soalan 8: Bagaimana anda mengira harga jualan?
Jawapan: ((Harga Spot dari Kitco London Fix + Premium Silver Jualan) * Kadar Tukaran) * 1.1812

Soalan 9: Adakah saya akan dikenakan caj pengaktifan keahlian pada hujung tahun? 
Jawapan: Tidak, anda hanya membayar yuran sekali sahaja, iaitu bila anda masuk program ini.

Soalan 10: Adalah PMA mempunyai Buy Back Policy?
Jawapan: Ya. Kami menawarkan Buy Back sebagai pilihan terakhir anda untuk menjual logam anda. Pilihan pertama anda adalah melalui Marketplace – jual sendiri tanpa dikenakan sebarang cas. Pilihan kedua adalah melalui Bullion Brokers – jual dengan bantuan semua ahli di Bullionx.my dan dikenakan cas komisen 5%. Terakhir, anda boleh gunakan Buy Back.
Buy Back ini akan diberikan berdasarkan keupayaan PMA, selaras dengan arahan Bank Negara untuk tidak membuat jaminan Buy Back jika tiada aliran tunai tanpa had untuk membeli semula semua logam yang telah terjual. Harga Buy Back adalah pada harga Spot -1% caj servis, lebih kurang 13.7% di bawah harga beli di PMA.

Soalan 11: Apakah bentuk pelaburan saya ini? fizikal atau secara kertas? 
Answer: Kami hanya berurusan dalam bentuk logam fizikal.

Soalan 12: Wang saya akan dilaurkan dalam logam jenis apa? W
Answer:  Bar (jongkong) 1oz .999 dari penempa logam terkemuka dunia seperti ASE, Morgan, A-Mark, Suisse Gold dan lain-lain.

Soalan 13: Bagaimana Sistem Referral ini Berfungsi? 
Answer: Untuk setiap ahli yang anda perkenalkan, anda akan diberi 1oz silver. Untuk setiap pembelian dari ahli baru ini, anda akan menerima 2% komisen yang akan dikreditkan ke akaun anda pada setiap bulan, selagi ahli ini masih melabur dalam program ini.

Soalan 14: AdaKah PMA ini multi-level marketing?
Answer: Tidak. Kami tidak memerlukan ahli untuk membeli stok untuk dijual semula, dan sistem komisen kami hanya bersifat single layer – 1 peringkat sahaja. Program ini bertujuan untuk menggalakkan pelabur silver untuk mengumpul silver dengan komitmen yang tinggi, dan menggalakkan ahli untuk memperkenalkan program ini kepada orang ramai.

Soalan 15: Perlukah saya memperkenalkan ahli baru?  
Answer: Tidak. Itu tidak perlu. Tetapi dengan memperkenalkan ahli baru, anda akan mendapat bonus silver dan komisen.

Soalan 16: Bagaimana anda mengira bonus logam?
Jawapan: Logam bonus dikira dengan nisbah 1:12. Jadi untuk setiap 12oz silver yang dibeli dalam 12 bulan berturut-turut, anda mendapat 1oz percuma. Pelan ini bertujuan untuk menggalakkan pelabur membuat komitmen untuk melabur setiap bulan.

Soalan 17: Bagaimana syarikat menjana pendapatannya?
Jawapan: Syarikat ini beroperasi dengan margin keuntungan yang rendah, dan mesti beroperasi dengan kos overhead yang rendah, dibantu dengan automasi proses pentadbiran yang tinggi. Perniagaan logam fizikal banyak bergantung kepada jumlah yang terlibat, dan pihak syarikat berharap jumlah akan meningkat pada masa hadapan.

Soalan 18: Adakah program ini sesuai dengan saya?
Jawapan: Jika anda percaya dengan hujah-hujah dan teori dalam pelaburan logam fizikal, dan strategi Monthly Cost Averaging, maka program ini sangat sesuai dengan anda. Jika anda memperkenalkan program ini kepada orang lain, program ini akan menjadi lebih berguna kepada anda, rakan dan saudara mara anda.

Soalan 19: Berapa banyak wang yang saya patut laburkan setiap bulan? 
Jawapan: Pelaburan logam fizikal adalah pelaburan jangka panjang. Oleh sebab itu pelaburan harus menggunakan modal jangka panjang. Petua yang selalu disarankan adalah dengan melaburkan setengah dari wang pelaburan bulanan ke dalam silver dan emas. Ini membenarkan anda meneruskan pelaburan biarpun jika berlaku kenaikkan 100% dalam harga logam. Cara ini juga membenarkan anda untuk membeli secara ad-hoc apabila harga dirasakan rendah.

Soalan 20: Adakah pasaran silver in Malaysia cair?
Answer: Setiap kemasukkan ahli baru membawa lebih kecairan. Program ini juga disokong dengan Marketplace, Bullion Brokers dan BuyBack yang memberi lebih kecairan.

Sila klik di bawah untuk maklumat lanjut tentang My Silver Accumulator 

SocialTwist Tell-a-Friend

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>