Kebangkitan Dan Permintaan Silver

Dalam posting sebelumnya, saya menulis:

  • Ketika Obama jadi presiden US pada 2008, harga silver dalam $15
  • Sekarang, harga silver pada 2012 adalah lebih kurang $32
  • Jadi, macam mana harga silver akan jadi bila Obama keluar dari White House pada 2017?

Saya kongsikan di sini Total Return Performance of Major Financial Assets ketika pemerintahan Obama, dari 4 November 2008 sehingga 5 November 2012. Total Return Performance of Major Financial Assets ini mengira peratus perbezaan harga sesuatu barangan – atau lebih senang, jika anda membeli mana-mana aset pada 4 November 2008, berapa peratus keuntungan anda pada 5 November 2012.

Silver adalah pemenang nyata, dengan pulangan lebih 200%. Bayangkan jika anda melabur RM1,000 dalam silver pada 4/11/2008, dan selepas 4 tahun, pelaburan silver anda telah menjadi RM3,000. Emas hanya memberi pulangan dalam 1/2 pulangan silver. Lebih senang, berbanding RM3,000 selepas 4 tahun, pelaburan RM1,000 anda dalam emas hanya akan menjadi RM2,000 sahaja.

Pemerintahan Obama menyaksikan perlaksaan Quantitative Easing (QE) 1, 2 dan 3 oleh Federal Reserve. QE1 sepatutnya menyelesaikan krisis kewangan dunia pada 2008, tetapi tidak berkesan – membawa kepada QE2. QE2 pun tidak berapa berjaya. Akhirnya QE3 dilancarkan. Saintis Albert Einstein pernah berkata ‘jika kita membuat benda yang sama berulang-ulang kali, tetapi mengharapkan kesan yang berlainan, maknanya kita ini sudah gila’. Bukankah ungkapan beliau itu menceritakan dengan tepat ‘kegilaan’ Federal Reserve?

“Hanya negara-negara kaya sahaja yang mempunyai keistimewaan melancarkan QE” ujar Mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad. Apabila Greece dalam krisis, negara itu tidak mampu mencetak lebih matawang atau mengeluarkan cek untuk membayar hutangnya. Greece perlu meminjam dari negara Eropah lain untuk membayar hutang. Yang peliknya, pinjaman ini tidak melibatkan penggunaan atau pemindahan wang kertas. Pinjaman hanya dikreditkan ke akaun Bank Negara Greece, dan Greece pun mengeluarkan cek untuk membayar bank-bank komersial dahulu. Kita semua tahu bank-bank seperti Goldman Sachs telah pulih dan telah membayar balik pinjaman yang dibuat oleh Federal Reserve kepada mereka. Bank-bank ini menerima pinjaman tanpa/rendah faedah dari Federal Reserve ini, dan mereka membeli Bon Kerajaan US (US T-Bonds). Apabila kita membeli bon, kita sebenarnya sedang meminjam wang kepada kerajaan. Kerajaan akan membayar balik wang tersebut berserta faedah. Pulangan sebegini banyak menguntungkan bank-bank seperti Goldman Sachs, dan membawa kepada pemulihan cepat mereka.

US melancarkan QE untuk mencuba menyelesaikan masalah ekonomi di sana. Macam mana pula dengan China?

33% dari permintaan China untuk silver adalah untuk penghasilan barang kemas dan coins, yang lain-lain pula untuk industri – fotografi, solar dan alat elektrik. Ramai pelabur China mahukan aset fizikal seperti silver kerana harganya yang murah berbanding emas.

Kerajaan China banyak menggalakkan rakyatnya untuk melabur dalam logam berharga sejak 2011, membawa kepada kenaikkan mendadak jumlah tempaan coin Silver Panda baru yang 2011.  Walaupun merupakan pengeluar silver ke-3 terbesar dunia, China masih lagi mengimport silver dari luar, dan telah lama berbuat demikian. Erti kata lain, China telah menggunakan lebih banyak silver berbanding jumlah yang dihasilkan dirinya sendiri – Perbezaan ini diselesaikan dengan mengimport silver dari luar negara. Saya ulangi, walaupun merupakan pengeluar silver ke-3 terbesar dunia, China masih lagi perlu mengimport silver untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan.

ebook_BMPanduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia adalah panduan No.1 untuk pelaburan silver di Malaysia. Anda akan mendapat asas yang kukuh untuk melabur silver, dan dilengkapi ilmu dan teknik-teknik untuk memaksimakan pulangan dari pelaburan silver anda. Klik di sini untuk informasi lanjut.

SocialTwist Tell-a-Friend

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>