Kalau Sudah Besar Sangat, Mesti Akan Gagal.

Bila bercakap tentang wang, bila sesuatu itu menjadi terlalu besar, mesti akan tumbang. Yang tumbang ini pula akan diganti oleh yang lebih kecil, atau yang lebih lutsinar.

Pernahkah anda terbaca tentang Enron? Syarikat gergasi Amerika ini mempunyai 20,000 pekerja dan merupakan pemain industri terbesar dalam elektrik, gas asli, telekomunikasi dan kertas. Syarikat ini menjana pendapatan dalam 101 billion pada 2000. Bila sesebuah syarikat menjadi sebegini besar, ia akan menghadapi risiko untuk ‘tumbang’, dan pada December 2, 2001. Enron bankrap. Kes Enron adalah kebankrapan terbesar dalam sejarah korporat di Amerika. Bukan sahaja Enron, Worldcom yang saiznya lagi besar dari Enron turut memfailkan kebankrapan pada 2002, mengalahkan rekod Enron. Akhirnya, bank pelaburan Lehman Brothers pula memecah rekod Worldcom dengan membuat pemfailan kebankrapan, ketika krisis kewangan dunia pada 2008. Enron, Worldcom dan Lehman Brothers adalah contoh-contoh yang sesuai untuk menunjukkan bahawa apabila sesuatu itu menjadi terlalu besar, ia akan tumbang. Syarikat-syarikat gergasi ini kini telah diganti oleh syarikat-syarikat lain yang lebih kecil, dan lebih mapan.

Maybank adalah kumpulan pengurusan kewangan terbesar di Malaysia. Maybank mempunyai lebih banyak cawangan di seluruh negara berbanding bank-bank lain. Maybank sedar apabila saiznya menjadi sangat besar, ia perlu menjadi ‘lutsinar’. Itulah yang membawa kepada pengenalan online banking. Pelanggan tidak lagi perlu beratur di bank untuk berurusan. Sekarang, pelanggan Maybank boleh membayar bil, top-up telefon, membuat pindahan wang, beli saham, buat simpanan tetap dan banyak lagi dengan hanya melayari laman online banking Maybank. Transaksi wang boleh dibuat online dan ramai yang suka cara sebegini kerana selamat, menjimatkan masa, dan lebih efisien. Keseluruhan proses transaksi wang kini telah menjadi’ ‘lutsinar’, menjadi maya. Kini, anda tidak lagi nampak wang anda ketika berurusan di bank. Wang kini hanya satu konsep dalam minda. Inilah sebabnya kita perlu melihat wang kita dengan minda kita, dan bukan lagi mata.

Sesuatu yang sangat besar saiznya perlu menjadi lutsinar, menjadi maya,atau akan diganti boleh sesuatu yang lebih kecil.

Banyak perusahaan bermula secara kecil-kecilan, dan oleh sebab itu, berjaya. Memang lumrah manusia, apabila kejayaan sudah ada depan mata, ramai akan menjadi angkuh, alpa, ‘buta’ dan lupa diri. Jika kita lihat kes Enron, Worldcom dan Lehman Brothers, ramai yang percaya bulat-bulat bahawa syarikat-syarikat ini tidak akan bankrap, kerana saiznya yang begitu besar. Malangnya, kepercayaan mereka tidak berbalas – mereka semua lingkup.

Industri perkapalan bermula secara kecil-kecilan dan menjadi besar. Kapal Titanic yang merupakan hasil industri perkapalan secara besar-besaran ini diyakini ramai sebagai kapal yang dijamin tidak akan tenggelam. Malangnya, walaupun seberat 46,328 tan, sepanjang 268 meter dan 55 meter lebar, Titanic tetap tenggelam. Sebabnya, Titanic ini terlalu besar – satu lagi contoh apabila sesuatu itu menjadi terlalu besar, ia akan tumbang. Tragedi Titanic meragut 1,514 nyawa.

Satu lagi contoh yang saya boleh fikirkan adalah Genneva Gold. Syarikat ini bermula secara kecil-kecilan, dan kemudian berkembang besar, dengan 60,000 pelanggan dan aliran tunai sebanyak RM2 billion sebulan. Namun, Genneva diserbu Bank Negara Malaysia pada 1 Oktober 2012.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussin menyatakan bahawa liabiliti Genneva melebihi pegangan asetnya. Sebab utama Genneva menjadi sasaran pihak berkuasa tempatan adalah kerana Genneva telah menjadi besar, tetapi tidak bertukar lutsinar, bertukar maya. Sekarang, pegangan pasaran Genneva berpotensi diganti oleh syarikat-syarikat pengedar logam berharga lain yang lebih kecil.

Kenapa kita cerita banyak pasal kegagalan-kegagalan ini?

Itu adalah kegagalan yang lepas. Yang kita perlu tahu dan faham, apa yang akan berlaku selepas ini? Adakah kita akan menyaksikan kegagalan yang lebih besar berlaku? Jika ya, di mana? Dan macam mana kita boleh melindungi diri kita? Cuba kita lihat ekonomi Amerika.

Barack Obama akhirnya dilantik semula sebagai presiden Amerika untuk 4 tahun lagi. Obama percaya kepada kerajaan yang besar. Beliau menyokong teori ekonomi Keynesian – dalam erti kata lain, beliau suka berbelanja besar mengurus negara, dan menyokong aktiviti percetakkan wang. Sejak menjadi presiden pada 2008, hutang negara Amerika tidak pernah berkurang, sebaliknya bertambah saban tahun, dengan kadar yang terpantas dalam sejarah Amerika sendiri.

Tahun lepas Obama berjaya memotong 38 billion dollar dari bajet negara Amerika yang sebanyak 3.8 trillion. Ini ibarat saya berjaya menjimatkan RM380 dari perbelanjaan sebanyak RM35,000, dan pendapatan saya hanya sebanyak RM22,000 sahaja! Dapat?

Ekonomi Amerika telah menjadi telalu besar, dan hanya menunggu masa untuk malapetaka menimpa, menunggu masa untuk ‘tumbang’. Saya telah bersedia untuk melindungi diri dan mengambil peluang dari malapetaka ini dengan melabur dalam silver. Apabila ekonomi Amerika merudum teruk, silver dan emas akan naik mendadak. Silver dijangka akan naik lebih banyak berbanding emas dalam situasi sebegitu, atas beberapa sebab. Anda boleh membaca sebab-sebab tersebut di sini.

Akhir sekali, saya ingin nayatakan satu fakta – apabila Obama menjadi presiden pada 2008, silver berharga $15. Sekarang, harga silver adalah $32. Cuba bayangkan harga silver bila Obama meninggalkan White House pada 2017?

ebook_BMAnda boleh membaca dengan lebih lanjut eBook saya: Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia. eBook ini menerangkan situasi ekonomi dunia sekarang dan bagaimana ia mempengaruhi anda sebagai warga Malaysia. eBook ini juga menunjukkan cara-cara untuk mengambil kesempatan dari masalah ekonomi dunia sekarang melalui pelaburan silver.

DownloadNow-300x93

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>