Harga Silver Jatuh Mendadak! Tapi Jangan Cuak!

silver_1_year_o_usd

Jika anda selalu memerhatikan harga silver, anda pasti telah nampak trend penurunan harga silver sejak Oktober 2012. Persoalannya? Adakah ini masanya untuk melepaskan pegangan silver a.k.a menjual silver anda? Jawapan ringkas dari saya, TIDAK.

David Morgan, pakar pelaburan silver pernah berkata begini apabila ditanya tentang pasaran: “samada pasaran akan menakutkan anda, atau meletihkan anda”. Jika anda mempunyai fokus yang sempit (seperti jangka masa pelaburan yang pendek), anda mungkin akan keletihan mengejar pergerakkan harga, atau mungkin gusar yang harga silver akan terus jatuh. Apa yang anda akan nampak adalah hanya benda-benda negatif. Jika anda pelabur sebegini, cuba panjangkan jangka masa pelaburan anda:

silver_5_year_o_usd

$26 adalah kedudukan harga yang sangat kritikal. harga ini merupakan paras sokongan yang sangat kuat, dan kejatuhan harga silver banyak dihentikan pada paras ini. Laporan menyatakan yang kos untuk melombong dan menghasilkan silver adalah dalam $26 -$28. Bolehkah harga silver jatuh lebih rendah dari paras $26 ini? MUNGKIN, tetapi TIDAK AKAN KEKAL LAMA.

2/3 silver yang dihasilkan digunakan dalah industri dan perhiasan. Jika harga spot silver jatuh menembusi $26, terdapat 2 kemungkinan:

  1. Aktiviti perlombongan terpaksa dihentikan. Tiada siapa yang sudi menghabiskan RM1.00 untuk menghasilkan barangan yang hanya boleh dijual pada RM0.80. Kilang-kilang yang memerlukan silver akan menghadapi kekurangan bekalan, dan harga silver akan naik balik, dengan drastik.
  2. Jurang perbezaan harga antara silver fizikal dan silver kontrak/silver kertas akan terus membesar. Pedagang kontrak silver boleh sahaja menjatuhkan harga silver sehingga $1 (dengan menggunakan strategi ‘shorting’), tetapi adalah tidak mungkin untuk siapa-siapa membeli silver pada harga itu (siapa yang mahu jual?). Mereka yang mempunyai silver fizikal akan memegang erat pada silver mereka, dan tidak akan menjual, kecuali ditawarkan harga yang setimpal.

Silver miner with nugget

Hakikatnya, bekalan silver sedia (yang telah dilombong dan diproses) adalah 5 kali lebih kurang dari emas – Dunia sekarang mempunyai 3-5 billion oz emas, dan hanya 1 billion oz silver. Silver mempunyai ribuan penggunaan dalam industri, manakala emas hanya sedikit. Jika kita melihat kepada perlombongan dan penghasilan silver dan emas sekarang, nisbahnya hanyalah 10:1 – untuk setiap 1oz emas, 10oz silver dihasilkan. Tetapi, pelabur sedang membeli silver dalam 50 kali ganda lebih banyak berbanding emas. untuk setiap 1oz emas yang terjual, 50oz silver menemui pemilik baru.

Keadaan sebegini tidak mungkin dapat bertahan. Senario di atas ini ibarat sebuah kedai roti sedang menjual 50  buku roti setiap hari, sedangkan dia hanya mampu menghasilkan 10 buku setiap hari. 40 buku yang lain itu datang dari mana? Mungkin bekalan roti lama yang tidak terjual. Namun, lambat-laun, habis juga bekalan roti lama ini. Masa inilah harga roti akan melonjak. Cuba bayangkan situasi sebegini pada pasaran silver – mesti sangat MENARIK. Pada masa itu, saya akan berpegang erat pada silver saya, sambil melihat orang berpusu-pusu dan berebut-rebut membeli silver.

Memandangkan silver ini adalah logam berharga dan industri, harga silver akan melonjak jika:

  • Ekonomi sedang maju, dan permintaan industri meningkat, ATAU
  • Matawang sedunia mengalami penambahan bekalan (inflasi tinggi),

Ingat, silver peranan lebih sebagai logam industri, dan juga merupakan logam berharga. Tidak kiralah macam mana situasinya, harga silver tetap akan naik. Macam mana keadaannya jika ekonomi mengalami kemajuan, dan inflasi turut naik? Bagus tu, sama seperti anda naik pangkat, dan mendapat bonus tahunan pada masa yang sama.

Pada saya, ekonomi yang rancak dan inflasi tinggi biasanya tidak berlaku serentak. Ekonomi sedunia sedang tenat. Eropah masih dalam kancah masalah, dan kadar pengangguran di US masin tinggi. Namun, inflasi besar sedang dalam perjalanan untuk menghantui kita semua. Beberapa bulan lepas, US telah melancarkan ‘Quantitative Easing Forever’ (Bank Pusat US akan mencetak US Dollar tanpa henti, sehingga diberitahu); Jepun pula telah mengumumkan akan menggandakan jumlah matawang Yen di pasaran kepada $3 trillion Yen menjelang akhir 2014. Kesan polisi sebegini adala inflasi tinggi. Logam berharga adalah pelindung inflasi yang terbaik.

Ilmu asas untuk berjaya dalam pelaburan adalah beli rendah, dan jual tinggi. Teori yang senang, tetapi ramai yang gagal memahaminya. Untuk menjual dengan tinggi, anda perlu membeli ketika harganya sedang rendah. Tetapi, bila harga sedang rendah, ramai pelabur gusar yang harga akan terus menjunam – akibatnya, mereka terlepas peluang untuk membeli ketika harga rendah.

Tetapi, jika anda telah terbeli ketika harga silver sedang tinggi pada $35? Masih ada cara. Ketika harga silver sedang rendah masa ini, anda boleh mengamalkan Dollar Cost Average untuk merendahkan harga pembelian purata anda.

silver_1_year_o_usd

Sebagai contoh: Andaikan kadar pertukaran USD dan MYR adalan 3.15 dan kita abaikan premium (kita membeli silver pada harga spot)

Jika anda sentiasa membeli 1oz silver setiap bulan, harga belian anda adalah seperti berikut:

  • $35.00 (RM110.25)
  • $33.75 (RM106.31)
  • $32.15 (RM101.27)
  • $29.00 (RM91.35)
  • $27.00 (RM85.05)

Harga pembelian purata anda HANYALAH RM98.84/oz. Anda tidak perlu menunggu sehingga harga silver naik balik ke $35.00 (RM110.25) untuk mendapatkan modal anda balik. Anda boleh sudah berbuat demikian ketika harga silver berada pada $31.38 (RM98.85). Semua benda di dunia ini bergerak dalam roda, ada naik ada turun. Bila harga naik sehingga $32, walaupun anda telah terbeli silver pada $35 (RM110.25), anda masih boleh menjual silver anda pada $32 (RM100.80) dan masih mendapat untung.

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-foo

Dollar Cost Average adalah satu strategi yang dirangka khas untuk melindungi pelabur dari pergerakan harga yang terlalu drastik. Dollar Cost Average adalah 1 dari 4 strategi pelaburan yang saya bincangkan dalam eBook: Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia.

DownloadNow-300x93

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>