Wang Pokok Pisang Malaya

Minggu lepas, bank-bank Cyprus yang telah ditutup hampur 2 minggu akhirnya dibuka semula. Bank Pusat Cyprus meletakkan peraturan pengeluaran maksimum  €300 setiap hari, dan sebarang pemindahan dana adalah tidak dibenarkan. Jika anda tidak tahu dengan jelas apa yang sedang berlaku di Cyprus, anda boleh baca di sini.

Cukai yang dicadangkan adalah 3% untuk deposit di bawah €100k, 6.75% untuk €100 – €500k dan 15% untuk akaun €500k ke atas. Pada artikel sebelumnya, saya menyatakan:

…Realitinya, kerajaan boleh mencuri seberapa banyak dana yang dimahukan…

Perbincangan terbaru di Cyprus pula ada menimbulkan ura-ura bahawa semua akaun yang mempunyai deposit €100,000 ($128,000 atau RM397,000) akan dikenakan cukai 60% untuk menyelamatkan Cyprus dari bankrap.40% tinggalan pula akan dibekukan untuk memastikan kecairan kewangan negara. Sebagai contoh, jika anda ada RM400,000 di Cyprus, RM240,000 akan diambil oleh kerajaan, dan RM160,00 0 akan dibekukan.

Cyprus Bank

Rancangan untuk hanya MENCURI 15% kini bertukar menjadi 60%! Kalau bukan MEROMPAK apa lagi perkataan yang lebih sesuai? Ditambah lagi dengan pembekuan dana dalam akaun-akaun ini. Rakyat Cyprus tidak dapat membangkang, kerana ini adalah keputusan kerajaan Cyprus sendiri. Teruk bukan? Inilah realitinya di Cyprus.

Apa yang berlaku di Cyprus adalah sesuatu yang sangat penting, dan akan dicatatkan dalam sejarah kewangan dunia. Sepanjang sejarah kewangan, ‘rompakan yang sah’ sebegini tidak pernah berlaku sama sekali – Tidak pernah apa-apa kerajaan mengambil wang rakyat dengan begitu sahaja! Kebangkitan rakyat Cyprus menentang kezaliman kerajaan mereka sendiri adalah sesuatu yang pasti.

Apa selepas ini? Cyprus berkemungkinan besar akan meneruskan program pengawalan dana keluar negara. Rakyat Cyprus akan mengeluarkan wang yang ada setiap hari dan membelanjakannya dengan mentaliti ‘Kalau saya tidak belanjakan wang, wang ini akan diambil kerajaan’. Hasilnya, Cyprus bakal dilanda hiperinflasi.

Peristiwa Cyprus ini pernah berlaku di Jerman selepas Perang Dunia Pertama. Hiperinflasi melanda Jerman pada 1921-1924. Kerana perbelanjaan perang yang terlalu tinggi, Jerman telah mencetak matawang fiat Reichmarksnya dengan banyak, menyebabkan hiperinflasi. Kesan hiperinflasi ini mula menyerang golongan kelas pertengahan dan menyebabkan mereka membelanjakan terus wang mereka sebaik dibayar gaji. Hiperinflasi bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Hiperinflasi bukan lagi mainan seperti sepinggan nasi ayam naik harga dari RM4 – RM5. Hiperinflasi, jika diletakkan dalam perspektif Malaysia, akan nampak seperti ini: sebuku roti yang dulunya RM0.50, akan menjadi RM 201 Billion selepas 3-4 tahun.

German Mark

Jerman terlibat dalam perperangan senjata api, manakala Cyprus pula sedang berperang dengan instrumen kewangan mereka sendiri. Berbeza dengan perperangan senjata api, perperangan Cyprus ini sangat lutsinar, tidak tampak di mata, dan ramai tidak sedar yang perperangan sedang rancak berjalan.

Mungkin anda rasa perkara seperti di atas itu terlalu drastik untuk berlaku di Malaysia? 70 tahun lepas, Malaysia melalui juga Hiperinflasinya sendiri, melalui ‘Duit Pokok Pisang’ yang dihasilkan oleh Jepun ketika zaman penjajahannya (1942-1945). Untuk memastikan pihak berkuasa penjajah mempunyai wang yang cukup, mereka terus mencetak wang tersebut tanpa memikirkan kesan inflasi yang bakal melanda.

banana-money

Pada masa sebegitu, emas dan silver menjadi pilihan terbaik untuk menyimpan kekayaan. Emas dan silver bukan sahaja akan naik harga ketika krisis sebegitu, malah kerajaan tidak akan dapat mencuri emas dan silver anda! (Ingat, Emas dan silver anda itu perlu ada di tangan anda sendiri). Antara emas dan silver, silver mempunyai lebih potensi berbanding emas. Selain mempunyai status sebagai logam berharga (seperti emas), silver juga mempunyai penggunaan industri yang jauh lebih tinggi. Komputer, telefon, penyaman-udara, TV, bateri, cip-cip RFID, dan banyak lagi penggunaan silver. Hampir setiap barangan elektronik menggunakan silver kerana silver adalah konduktor elektrik terbaik di dunia. Silver juga anti-bakteria, menyebabkan penggunaan tinggi di sektor perubatan. Untuk melihat kegunaan silver dengan lebih mendalam, sila rujuk sini. 

Jumlah silver yang dipegang ETF (Exchanged Traded Funds, atau dana dagangan tukaran) jika terus meningkat:

etf

Untuk pelabur silver individu, saya menyarankan anda mula dengan membeli sedikit silver coin, bar atau round. Harga silver mungkin naik-turun dalam jangka masa pendek, tetapi pada saya semua itu adalah ‘gangguan’ – Tidak perlu diambil kira sangat.

silver-eagle

Coin American Silver Eagle adalah silver coin yang saya paling minati, dan kumpul denga banyak. Rekaan yang cantik dan premium yang rendah menjadikannya berbaloi untuk dibeli. Saya juga suka tulisan ‘ONE DOLLAR’ di coin tersebut, seperti mengingatkan saya dengan fakta ini: Coin ini dijual dalam harga $30 di pasaran (RM100-RM120 bergantung kepada sumber pembelian anda). Coin ini dulunya boleh dengan harga hanya $1 sahaja. Inilah kesan inflasi, yang telah menolak harga silver sehingga menjadi sebegini tinggi.

Biasanya, silver gred pelaburan di Malaysia boleh dikategorikan dalam coin (syilling), bar (jongkong) atau round (bulatan). Untuk pelabur yang beru mula berjinak-jinak, saya cadangkan anda bermula dengan American Silver Eagle kerana kelebihannya berbanding  silver lain di pasaran. Saiznya yang lebih kecil dan harganya yang lebih murah membolehkan ramai untuk melabur dalam coin ini. Premiumnya juga lebih rendah berbanding numismatic coin (lebih nilai silver untuk wang anda). Coin ini juga mempunyai rekaan menarik, dan merupakan silver coin yang mempunyai permintaan tertinggi di Malaysia. Malahan, juga merupakan silver coin terlaris di dunia!

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-fooPanduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia merupakan eBook yang ditulis khas untuk membantu warga Malaysia dalam pelaburan silver. Anda akan mempelajari strategi dan tips-tips menarik untuk melabur silver dengan bijak dan betul. Klik sini untuk maklumat lanjut.

DownloadNow-300x93

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Manulife Asset Management telah menerbitkan sebuat laporan berkenaan ‘penuaan’ rakyat Malaysia.

  • Pada 2010, hanya 5% warga Malaysia berumur 65 ke atas
  • Menjelang 2050, 15% warga Malaysia akan tergolong dalam umur ini.

Populasi Malaysia sedang mengalami proses penuaan. Setiap tahun yang berlalu akan menyaksikan peningkatan jumlah warga emas dalam masyarakat kita:

  • Pada 2010, setiap 100 dewasa yang bekerja akan ‘menyara’ 7 warga emas.
  • Pada 2050, setiap 100 dewasa bekerja akan ‘menyara’ 23 warga emas.

Setiap kali bercakap tentang persaraan, dan sokongan kewangan selepas bersara, ramai akan memikirkan wang mereka di KWSP, atau EPF dalam Bahasa Inggeris. Tapi, jika dinilai dengan lebih teliti, kurang dari 40% warga Malaysia yang bekerja mempunyai akaun di KWSP.

 kwsp

KWSP juga mempunyai beberapa isu:

  • Perancangan Persaraan untuk semua, kurang spesifik mengikut keperluan individu - KWSP adalah antara pelaburan terstabil dan terbaik, kerana berjaya menjana pulangan dividen 4.x% – 6.x% secara konsisten. Tahun lepas 2012, dividen dari KWSP adalah pada 6.15% – jumlah yang sengat baik dalam situasi ekonomi kita ini. Namun, pulangan ini hanya sedikit sahaja melepasi pulangan dari FD (Fixed Deposit atau Simpanan Tetap). Cara di atas mungkin sesuai untuk mereka pada umur 50 keatas, dan mempunyai keluarga. Mereka ini tidak sesuai mengambil risiko dengan wang mereka kerana mempunyai tanggungan. Tetapi mereka yang dalam umur bawah 30 dan tidak mempunyai tanggungan (tiada isteri, anak, dan ibu bapa mereka masih sihat) boleh membuat pelaburan yang lebih berisiko untuk menjana pulangan besar. Pada mereka, pulangan 4.x% – 6.x% adalah kurang. Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini perlu memikirkan cara lain untuk menjana lebih pulangan dari wang mereka.
  • Kebanyakkan orang menghabiskan simpanan KWSP mereka dalam 3-5 tahun - Pada hujung 2011, 86.5% pencarum aktif dalam KWSP mempunyai simpanan KURANG DARI 100,000. Jika seorang pesara menghabiskan RM1667 setiap bulan (untuk makanan, ubat-ubatan dan keperluan lain), simpanan beliau akan habis KURANG DARI 5 TAHUN. Ramai pesara juga tidak bersedia untuk menggunakan wang sebanyak itu. Mereka biasanya hanya menerima gaji dan mengurus kewangan mereka, mungkin dalam ribuan setiap bulan (RM3000, 5000 atau 8000) – mereka mungkin belum bersedia untuk mengurus wang sebanyak itu kerana kekurangan ilmu dan pengetahuan kewangan yang mencukupi. Blueprint Kewangan mereka akan membawa mereka kembali kepada kedudukan mereka sebelum itu, kekurangan wang. Ini adalah antara sebab mengapa pemenang wang besar seperti dalam loteri atau permainan akan menghabiskan kekayaannya dalam masa 3-5 tahun.

Selain dari membina kemahiran mengurus wang dengan lebih baik, kita juga perlu memikirkan untuk mengambil sedikit risiko dan mengembangkan dana persaraan kita, dan tidak hanya bergantung kepada KWSP. Pada pendapat saya, Silver kini telah dikenalpasti pelaburan terulung dekad ini. Silver juga akan membawa kepada perpindahan kekayaan terbesar dalam sejarah manusia. Sama seperti tenaga, Kekayaan tidak boleh dihapuskan, ia cuma berpindah dari satu poket ke poket yang lain. Persoalan untuk generasi masa kini adalah, kekayaan tidak lagi boleh dinilai dengan mata – kekayaan ini telah menjadi lutsinar. Jika anda tidak terlatih untuk membuat penilaian, anda tidak akan mampu melihat perpindahan kekayaan ini.

Pelaburan silver adalah sesuatu yang sangat senang. Anda hanya perlu membeli dengan harga rendah, dan jual pada harga tinggi. Malangnya, ramai yang berbuat sebaliknya. Ketika harga melonjak, mereka membeli dengan banyak, hanya untuk melihat harga silver jatuh balik. Bila harga silver jatuh ke tahap rendah, mereka berputus asa dan menjual silver mereka.

Jika anda mahu menjual ketika mahal, anda harus membeli ketika harga murah. Pergerakkan harga (naik dan turun) silver akan sentiasa berlaku. Dalam sejarah manusia, BELUM PERNAH lagi pergerakan mendatar pada harga sebarang benda berlaku. Harga silver kini adalah pada $29 (masa penulisan). Harga ini bukanlah harga terendah, tetapi harga ini cukup rendah untuk mula membeli silver. Kadang-kadang, adalah lebih baik untuk membeli pada harga yang baik, dari menunggu harga lantai yang mungkin tidak akan berlaku.

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-fooUntuk melihat dengan lebih lanjut, saya cadangkan anda untuk membaca eBook Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia.

DownloadNow-300x93

SocialTwist Tell-a-Friend

Harga Emas

Salah seorang ahli dalam Malaysia Silver Investor Membership saya telah berkongsi video di bawah ini untuk menunjukkan berapa orang ramai tidak memahami dan mengetahui tentang harga emas.

Tapi bila difikir balik, mereka ini tidak boleh disalahkan. Dalam 42 tahun ini, kita hidup dalam dunia yang menggunakan wang Fiat (wang kertas) untuk urusan seharian. Pada 1971, Mantan Presiden US Richard Nixon telah menggantung kebolehtukaran US Dollar dengan emas. Sebelum 1971, setiap Dollar disandarkan nilainya pada emas. Selepas 1971, Dollar hanyalah sehelai kertas, kerana tidak lagi mempunyai nilai sandaran pada emas. Memandangkan semua mawatang dunia hari ini (termasuk RM) disandarkan kepada US Dollar (US Dollar adalah reserve currency dunia), ini bermakna semua matawang dunia pada hari ini telah bertukar menjadi ‘wang fiat’, yang boleh dicetak dan dihasilkan mengikut kesukaan kerajaan dan bank-bank negara seluruh dunia! Menambah lagi garam di luka, kita orang ramai terpaksa bekerja keras setiap hari untuk dibayar ‘wang’ ini! Ironik bukan?

Kebanyakkan dari kita pada hari ini telah di-brainwashed untuk melihat matawang fiat (helaian kertas yang dicetak oleh kerajaan) sebagai wang yang sebenar. Kita hampir tidak pernah diajar untuk mengetahui nilai emas yang sebenarnya. Kebanyakkan dari kita membeli emas atas sebab-sebab yang berkaitan dengan adat resan sendiri, atau nasihat yang diturunkan oleh orang-orang terdahulu dari kita. Kita tidak pernah bertanya dan mengkaji secara mendalam asas dan konsep logam berharga (emas dan silver). Ini adalah sebab utama saya mula menulis blog untuk berkongsi informasi berkenaan silver.

Jika pengetahuan orang ramai tentang emas adalah begitu sedikit, bayangkan untuk silver? Lagilah kurang.

Potensi untuk silver adalah sangat-sangat positif. 2 bulan terakhir ini menyaksikan coin silver di US Mint habis dijual sebanyak dua kali! Canadian Mint turut menghadapi masalah yang sama. Silver, selain merupakan logam wang, turut merupakan antara logam industri yang paling banyak digunakan. China, yang merupakan pengeluar silver ke-3 terbesar dunia masih perlu mengimport silver dari luar negara untuk memenuhi keperluan tempatannya.

silver-chart-10-years

Menurut Christenson dari Deviant Investor, puncak kenaikkan harga silver pada 2004, 2006 2008 dan 2011 adalah di atas garisan trend (garisan merah). Harga $15 untuk silver pada 2006 mempunyai ‘kemahalan’ yang hampir sama dengan $50 pada 2011, dan $100 dalam masa dua tahun ini (kemungkinan). Carta harga 10 tahun silver ini telah diplot dengan menggunakan skala logaritma dan menunjukkan kenaikkan harga silver yang eksponen, dan volatile (tidak stabil). Garisan trend ini jika disambung, menunjukkan kemungkinan harga silver mencecah $100 pada hujung 2013. Ya! Ramalan yang berkemungkinan tinggi!

Jika anda berminat untuk mendapatkan lebih informasi berkenaan silver, saya betul mencadangkan anda untuk membaca eBook ini.

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-fooeBook Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia, adalah eBook yang di tulis khas untuk membantu warga Malaysia melabur silver. Anda akan mempelajari pelbagai strategi pelaburan silver, dan saya akan berkongsi dengan anda cara untuk mendapatkan silver di bawah harga pasaran! Klik sini untuk maklumat lanjut.

DownloadNow-300x93

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Tiada Hutang, Tiada Masalah?

Pada bulan Mei lepas, dalam Practical Guide For Investing Silver in Malaysia, Edisi 2, saya meramal bahawa US akan mencapai debt ceiling (kadar hutang maksima) 16.4 Trillion Dollar selewat-lewatnya pada awal 2013. Anda tidak perlu menjadi pakar ekonomi untuk meramal benda sebegini – kaji sedikit sebanyak tetang asas dalam ekonomi, anda dengan senangnya akan membuat kesimpulan yang sama dengan saya.

Debt Ceiling sesebuah kerajaan boleh diibaratkan seperti kad kredit pada setiap individu.

maybankcard

Andai kata saya seorang pekerja swasta yang mempunyai sekeping kad kredit, dengan limit pada RM 20k. Bila saya membelanjakan habis kad kredit dan mencapai limit, saya perlu membayar balik hutang ini pada bank. Jika tidak, bank akan ‘menghukum’ saya dengan mencatat rekod hitam dalam sejarah kredit saya. Pada masa depan, saya akan susah mendapatkan pinjaman. Jadi, saya telefon bank, dan minta supaya limit kad kredit saya ini dinaikkan ke RM30k, RM50k, RM100k, RM200k, adan seterusnya RM 500k. Memandangkan bank ini baik-baik saja menerima permintaan saya, saya boleh berbelanja sesuka hati, tanpa had!

Bila lepas limit RM500k, saya tidak sudah mahu minta bank naikkan limit saya. Sebaliknya, saya akan “biarkan saja” hutang saya itu. Kalau saya biarkan saja, bank pun akan biarkan saja. Selamat.

Boleh ke jalan macam tuh? Mana mungkin? Tak boleh!

Yang menariknya, kerajaan US sekarang sedang berbuat benda yang sama seperti ‘biarkan dulu’ di atas. Pada 28 Januari 2013, US telah mengambil keputusan untuk “menggantung untuk sementara” perlaksaaan debt ceiling. Dalam erti kata lain, US telah mencapai debt ceilingnya pada 16.4 Trillion Dollar, dan mengambil keputusan untuk ‘membiarkan saja’ debt ceiling itu. Tidak masuk akal bukan? Cuba kita buat benda yang sama, kita ‘biarkan’ saja bil kad kredit, loan kereta dan rumah kita, dan tengok jika bank benarkan.

sejarah+pelaburan+silver+malaysia

Bak kata pepatah, untuk meramal masa hadapan, mesti tengok pada sejarah lampau. Perkara yang hampir sama dengan di atas pernah berlaku dalam sejarah US sendiri. President Richard Nixon telah ‘menggantung’ untuk sementara  kebolehtukaran dollar dan emas. Sebelum 1971, nilai Dollar US disandarkan pada emas. Sekarang, setiap Dollar (atau Ringgit) yang kita pegang pada hari ini tidak mempunyai apa-apa sandaran – ‘wang’ ini hanyalah sehelai kertas yang mempunyai gambar dan nombor. Penggantungan sementara ini telah berlangsung selama 42 tahun, sehinggalah hari ini.

Sekarang, US akan terus menerus berbelanja dan mengumpul lebih banyak hutang tanpa mengambil kira debt ceilingnya. Dari 6 bulan lepas, Kerajaan US, melalui pelan Quantitative Easing (QE3 dan QE4) telah mencetak 85 Billion Dollar setiap bulan – tanpa menyatakan bila mereka akan berhenti. Pasaran sekarang dibanjiri wang kertas yang tidak bernilai langsung. Apabila US mencetak wang, bank-bank pusat seluruh dunia turut terpaksa mencetak. Bank of Japan (BOJ) baru sahaja mengumunkan perlaksaan QE mereka sendiri – BOJ akan mencetak Yen Jepun baru secara terus-menerus setiap bulan tanpa menyatakan tarikh berhenti. Perbuatan bank-bank pusat ini hanya menjanjikan Hiperinflasi kepada kita semua.

Anda mungkin pernah mendengar tentang hiperinflasi. Jika anda rasa 5% inflasi adalah teruk, cuba tengok apa yang berlaku pada ‘wang’ Jerman pada 1920-an. Kita berkemungkinan besar akan mengalami inflasi yang sama pada masa hadapan.

german

Salah satu cara untuk kita mempertahankan kedudukan kewangan kita adalah dengan mempunyai pegangan dalam logam berharga, ini kerana emas dan silver telah digunakan sebagai wang sejak beribu tahun dahulu. Hanya dalam beberapa dekat ini, manusia mula menggunakan kertas sahaja sebagai wang. Mungkin anda rasa pakai emas dan silver sebagai wang agak kuno, tetapi cuba fikir-fikirkan:

Pada hujung Januari 2013, HSBC telah membeli silver, dalam $876 juta. Silver coin di US Mint telah habis dijual, bukan sekali, tetapi 2 kali. Penjualan coin American Silcer Eagle pada Januari 2013 mencatat rekod, sebagai penjualan bulanan terbanyak dalam sejarah.

Banyak pelabur bijak telah mula melaburkan wang mereka dalam logam berharga, terutamanya silver. Hari ini, silver masih merupakan pilihan terbaik dalam pelaburan logam berharga. Ini kerana harganya yang murah – 1oz (31.1gm) emas berharga RM5300, dan 1oz silver hanya berharga dalam lingkungan RM110. Emas adalah wang untuk raja dan bangsawan, silver adalah wang untuk orang kebanyakkan, dan hutang adalah wang untuk golongan hamba abdi. Jika anda mempunyai banyak wang lebihan, saya sarankan anda dapatkan sedikit emas. Namun, jika anda seperti orang kebanyakkan, yang ada sedikit saja wang lebihan, dapatkanlah silver. Silver bukan sahaja pelindung kekayaan, tetapi logam industri yang mempunyai permintaan tinggi. jadi,simpanlah silver, biarpun hanya beberapa keping syilling pun.

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-fooSaya telah menulis sebuah eBook bertajuk Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia. eBook ini akan memberitahu anda bagaimana anda boleh melabur silver di Malaysia. Saya juga berkongsi strategi keluar pasaran jangka pendek, sederhana dan panjang saya sendiri dalam eBook ini. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.

DownloadNow-300x93

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Rekod Jualan Silver Tertinggi Dalam Sejarah!

American Silver Eagle baru saja mencipta sejarah untuk jualan bulanannya. Jumlah jualan keseluruhan untuk Januari 2013 telah mencecah 7.42 juta oz dalam 1 bulan sahaja! Jumlah ini telah memecah rekod jualan sebelum ini, sebanyak 6.4 juta oz pada Januari 2011.

silver+eagle+habis+jual

Jika anda masih belum jelas tentang situasi penjualan American Silver Eagle, saya kongsikan di sini secara ringkas:

  1. Pada 17 Disember 2012, US Mint mengumumkan kepada pembelinya yang berlesen bahawa ASE 2012 telah habis dijual, dan tiada lagi ASE 2012 yang akan ditempa. ASE 2013 hanya akan dibuka untuk tempahan pada 7 Januari 2013.
  2. Pada 7 Januari 2013, US Mint mengumumkan bahawa 3.937 juta ASE telah dijual dalam satu hari sahaja – Jumlah jualan harian ini adalah yang tertinggi dalam sejarah!
  3. Pada 8 Januari 2013, US Mint menjual 300,000 keping lagi ASE. Ramai menjangkakan Januari 2013 bakal merekodkan jualan tertinggi bulanan dalam sejarah.
  4. Pada 17 januari 2013, US Mint telah habis menjualkan semua ASE 2013 nya. Jualan akan dihentikan sehingga mereka boleh menempa coin baru. Jualan hanya akan bermula semula pada 28 Januari 2013.
  5. Minggu ini (bermula 28 Januari 2013), semua pembeli berlesen US Mint sedang berebut sesama sendiri untuk mendapatkan ASE baru, sekaligus mewujudkan pembelian besar-besaran, 2 kali dalam sebulan! Pada 29 Januari, sebanyak 1.5 juta oz ASE terjual.
  6. Pada 30th Januari 2013, US Mint telah menjual 7.42 million oz sepanjang Januari 2013, memecahkan rekod jualan bulanan 6.4 juta oz pada Januari 2011. Jumlah jualan bulan ini diramal mencecah 8 juta oz.

Pelabur silver seluruh dunia suka membeli American Silver Eagle. Coin ini juga merupakan antara pilihan terbaik untuk pelabur silver di Malaysia kerana premiumnya yang rendah (berbanding coin-coin lain) dan kecairannya yang tinggi. Kecairan di sini bermaksud kepantasan penjualan di pasaran. Coin ini juga mempunyai rekaan yang cantik, dan hasil kerja yang halus. Saya ada menulis dengan lanjut berkenaan American Silver Eagle di pasaran silver tempatan.

Data penghasilan silver menunjukkan untuk setiap 1oz emas yang berjaya dihasilkan dari lombong, 10oz silver dihasilkan. Namun pada waktu ini, US Mint melaporkan bahawa penjualan silver kini adalah 53 kali ganda penjualan emas.

Jika silver terus dibeli pada kadar sebegini, jangan terkejut jika satu hari nanti, anda tidak akan lagi mampu membeli silver coin secara fizikal. Jadi, jangan berlengah lagi, dapatkan silver anda sekarang!

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Update Goldsilver.com Insiders dari Mike Maloney

Setelah dua kali American Silver Eagles habis dijual, Canadian Mint pula yang sekarang ini  giat mengawal penjualan silvernya. Alex Reeves (Pengurus Besar Perhubungan Canadian Mint) berkata, “Berdepan dengan permintaan tinggi, Royal Canadian Mint kini sedang mengawal penjualan Silver Maple Leafs yang masih ada, sebagai usaha untuk memastikan semua pelanggan setia kami dilayan”. Apa yang boleh dibuktikan dari situasi sebegini adalah bekalan silver fizikal adalah sangat ketat sekarang, sehingga penempa coin-coin silver ini pun susah mendapatkan silver untuk diproses menjadi coin. Ini termasuklah pemain-pemain industri seperti Apple yang tidak mampu menghasilkan iMac barunya.

Ini adalah update terbaru dari Sifu pelaburan silver dan emas, Mike Maloney, untuk Program Gold Silver Insiders beliau. Beliau telah mempelajari dengan mendalam sejarah ekonomi dunia, mempunyai pengetahuan terkini berkenaan masalah ekonomi dunia sekarang ini, dan sedang giat mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang kepentingan memiliki emas dan silver pada situasi ekonomi sekarang. Mike sentiasa berhujah tentang kekuatan asas dan potensi pelaburan silver dan emas. Beliau melaburkan 90% dari wangnya dalam silver.

Di Malaysia, ramai pelabur emas dan silver ingin menyertai program Mike Maloney ini. Anda boleh menjadi ahli dengan membeli 500oz silver, 10oz emas, atau membayar yuran keahlian secara terus di GoldSilver.com – USD 1,659.10, dalam lebih kurang RM5,143.21.

insider1

Pilihan Pertama, 500oz silver – Silver yang dijual di GoldSilver.com boleh dikategorikan sebagai silver ‘kurang hangat’. 2 jenis silver dijual di sana, coins (legal tender), dan bar silver bersaiz besar. Membeli coins dari luar negara adalah mahal kerana anda perlu membayar 15% duti import kepada Kastam Diraja Malaysia. Kenapa perlu bayar 15% extra bila peniaga silver tempatan boleh menjual kepada anda dengan harga yang lebih murah? Bar silver besar seperti 10oz dan 100oz mempunya premium rendah, adalah pelaburan yang bagus, dan tidak dikenakan duti. Namun, kecairan silver sebegini adalah rendah di Malaysia. 10 biji 1oz silver boleh dijual dengan lebih cepat berbanding sebiji bar 10oz. Bayangkan, hampir semua pekerja kelas pertengahan di Malaysia mampu mengeluarkan dalam RM100 untuk membeli 1oz silver. Tetapi untuk bar 10oz yang berharga lebih dari RM1000, tidak ramai yang mampu. Kalau 10oz pun sudah susah, siapa yang mahu beli bar 100oz?

Pilihan Kedua, emas 10oz - Berpandukan Gold Silver Ratio yang kini dalam lingkungan 50+-, GoldSilver.com meletakkan kadar pembelian emas untuk layak memasuki Program Insiders ini 50 kali ganda lebih kurang dari silver. Gold Silver Ratio boleh ditentukan dengan membahagikan harga emas dengan harga silver. Contohnya, jika harga emas hari ini adalah USD1660.30 manakali silver pada USD31.28, maka Gold Silver Ratio adalah 53 (1660.30/31.28). Ramai membeli emas untuk pelbagai sebab, sesetengahnya berkaitan tradisi dan adat. Misalnya pada perkahwinan orang Cina dan India, orang akan membeli rantai, cincin dan perhiasan emas. Dalam kalangan keluarga Cina yang berada, kelahiran bayi baru dalam keluarga akan dirayakan dengan membeli emas. Pada masa yang sama, bank-bank pusat dunia juga sedang giat mencari dan menyimpan emas sebagai pelindung kepada kejatuhan USD. Ketika emas sedang giat disimpan, silver pula dengan rakusnya sedang diguna oleh industri. Apabila silver digunakan dalam industri, biasanya silver-silver ini tidak lagi dikitar semula. Saya tidak mempunyai masalah dengan pelaburan emas, tetapi fakta menunjukkan bahawa silver mempunyai potensi yang jauh lebih besar berbanding emas. Jadi, mengeluarkan RM55,000 untuk membeli emas dengan GoldSilver.com (untuk menjadi ahli Insiders) bukanlah jalan terbaik, kecuali jika pelabur itu telah melaburkan RM500,000 dalam silver.

Pilihan ketiga, membayar yuran keahlian terus, USD1,659.10, atau RM5143.21 - Informasi dalam GoldSilver Insider program ini sememanglah hebat, tetapi membayar RM5,143.21 untuk menjadi ahli bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan ramai. Malahan, yuran keahlian setinggi itu sebenarnya mungkin telah melemahkan mereka yang ingin belajar pelaburan silver, tetapi tidak mempunyai wang yang banyak. Pada saya, ini sasuatu yang sangat ironik – biasanya pelabur muda dan berbajet-rendah tidak mempunyai banyak wang untuk dilaburkan. Jika pakar-pakar pelaburan ini meminta bayaran yang sebegitu tinggi, dan pelabur-pelabur kecil kita ini membayar untuk keahliannya, berapa lagi modal pelaburan yang masih ada untuk pelabur kecil-kecilan kita ini?

Untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah menulis sebuak eBook bertajuk: Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia yang akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk melabur silver dari 1oz sehinggalah 1000oz. eBook ini juga akan menunjukkan kepada anda cara-cara selamat untuk melabur silver di Malaysia, tempat untuk mendaatkan silver gred pelaburan termurah, kesilapan-kesilapan lazim yang perlu diperhatikan ketika melabur silver, dan banyak lagi tip-tip menarik dalam pelaburan silver Malaysia. Anda juga boleh menyertai Program Keahlian Pelaburan Silver Malaysia dengan yuran yang jauh lebih murah.

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-foo

Memetik kata-kata pujangga – Jika anda rasa yang pelajaran itu mahal, bayangkan harga kejahilan. Kesilapan pelaburan silver bukanlah sesuatu yang seronok. eBook ini datang dengan informasi padat setebal 100++ muka surat, dan 2 lagi laporan untuk membantu anda melabur dalam silver. Klik sini untuk maklumat lanjut.

DownloadNow-300x93

 

SocialTwist Tell-a-Friend

American Silver Eagle – Habis Licin!

american-silver-eagle-pelaburan-silver-malaysia

American Silver Eagle (ASE) adalah salah satu silver coin yang saya paling suka. Selain dari rekabentuk yang cantik, ASE juga ada premium yang rendah, dan kecairan yang tinggi (senang dijual balik). Ciri-ciri inilah yang menjadikannya antara silver gred pelaburan terbaik untuk pelabur Malaysia.

Minggu lepas (17 Disember 2012), US Mint memgumumkan bahawa ASE 2012 telah habis dijual, dan ASE 2012 baru tidak akan lagi di tempa. US Mint hanya akan menerima tempahan untuk ASE 2013 bermula 7 Januari 2013

Jangan pula tersilap baca, ini BUKAN bermakna kekurangan bekalan silver sudah mula terasa. Pengumuman sebegini hanya bermakna US Mint telah habis menjual semua stoknya. Di Malaysia sekarang, anda masih boleh membeli ASE dari ramai peniaga/penjual perseorangan, dari harga serendah RM110, sehinggalah RM 136 bergantung kepada jenis penjual dan kuantiti pembelian anda. ASE merupakan silver coin yang masih boleh dibeli orang ramai, kerana harganya yang murah.

Ada dua perkara yang saya ingin kongsi dengan anda tentang pelaburan ASE ini:

  1. Jangan terus mendapatkan ASE 2013 apabila silver itu muncul nanti. Tidak kiralah con apa sekalipun, biasanya batch pertama coin tersebut akan dijual dalam harga yang lebih mahal. Harga akan turun balik selepas beberapa minggu atau bulan. Jadi, kenapa mahu bayar lebih? Premium lebihan yang anda bayar ini tidak membawa kepada apa-apa, hanya supaya anda mendapat coin ASE 2013 ini lebih awal dari orang lain. Itu saja.
  2. Premium untuk ASE biasanya tidak naik, tidak seperti silver lain. ASE adalah contoh terbaik untuk silver yang bercirikan ’1oz silver adalah 1oz silver’. Tidak kiralah berapa tua sekalipun ASE anda, harganya masih sama dengan ASE yang lain. Sesetengah pelabur melihat isu ini sebagai kelemahan ASE. Jika anda mencari silver coin yang mempunyai premium yang menaik tanpa pengaruh dari harga Spot, anda boleh memikirkan silver coin numismatic atau separa-numismatic seperti Chinese Silver Panda.

Dalam eBook saya Panduan Praktikal Pelaburan Silver di Malaysia, saya memberi rating berikut kepada silver coin American Silver Eagle:

ASE+coin+ciri-ciri

Dalam eBook ini, anda juga akan didedahkan dengan banyak lagi silver coins, silver bar, dan silver rounds yang lain. Saya juga membincangkan dengan teliti apa faktor yang anda perlu fikirkan sebelum melabur dalam mana-mana silver. Ada sesetengah silver yang anda  tidak harus sentuh pun!

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-fooeBook Panduan Praktikal Pelaburan Silver di Malaysia saya ini ditulis dengan fokus kepada pasaran dan keadaan di Malaysia. Anda akan mempelajari strategi, ilmu dan kemahiran yang perlu untuk mengaut keuntungan lumayan dari silver. Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

DownloadNow-300x93

 

SocialTwist Tell-a-Friend