Harga Silver Jatuh Mendadak! Tapi Jangan Cuak!

silver_1_year_o_usd

Jika anda selalu memerhatikan harga silver, anda pasti telah nampak trend penurunan harga silver sejak Oktober 2012. Persoalannya? Adakah ini masanya untuk melepaskan pegangan silver a.k.a menjual silver anda? Jawapan ringkas dari saya, TIDAK.

David Morgan, pakar pelaburan silver pernah berkata begini apabila ditanya tentang pasaran: “samada pasaran akan menakutkan anda, atau meletihkan anda”. Jika anda mempunyai fokus yang sempit (seperti jangka masa pelaburan yang pendek), anda mungkin akan keletihan mengejar pergerakkan harga, atau mungkin gusar yang harga silver akan terus jatuh. Apa yang anda akan nampak adalah hanya benda-benda negatif. Jika anda pelabur sebegini, cuba panjangkan jangka masa pelaburan anda:

silver_5_year_o_usd

$26 adalah kedudukan harga yang sangat kritikal. harga ini merupakan paras sokongan yang sangat kuat, dan kejatuhan harga silver banyak dihentikan pada paras ini. Laporan menyatakan yang kos untuk melombong dan menghasilkan silver adalah dalam $26 -$28. Bolehkah harga silver jatuh lebih rendah dari paras $26 ini? MUNGKIN, tetapi TIDAK AKAN KEKAL LAMA.

2/3 silver yang dihasilkan digunakan dalah industri dan perhiasan. Jika harga spot silver jatuh menembusi $26, terdapat 2 kemungkinan:

  1. Aktiviti perlombongan terpaksa dihentikan. Tiada siapa yang sudi menghabiskan RM1.00 untuk menghasilkan barangan yang hanya boleh dijual pada RM0.80. Kilang-kilang yang memerlukan silver akan menghadapi kekurangan bekalan, dan harga silver akan naik balik, dengan drastik.
  2. Jurang perbezaan harga antara silver fizikal dan silver kontrak/silver kertas akan terus membesar. Pedagang kontrak silver boleh sahaja menjatuhkan harga silver sehingga $1 (dengan menggunakan strategi ‘shorting’), tetapi adalah tidak mungkin untuk siapa-siapa membeli silver pada harga itu (siapa yang mahu jual?). Mereka yang mempunyai silver fizikal akan memegang erat pada silver mereka, dan tidak akan menjual, kecuali ditawarkan harga yang setimpal.

Silver miner with nugget

Hakikatnya, bekalan silver sedia (yang telah dilombong dan diproses) adalah 5 kali lebih kurang dari emas – Dunia sekarang mempunyai 3-5 billion oz emas, dan hanya 1 billion oz silver. Silver mempunyai ribuan penggunaan dalam industri, manakala emas hanya sedikit. Jika kita melihat kepada perlombongan dan penghasilan silver dan emas sekarang, nisbahnya hanyalah 10:1 – untuk setiap 1oz emas, 10oz silver dihasilkan. Tetapi, pelabur sedang membeli silver dalam 50 kali ganda lebih banyak berbanding emas. untuk setiap 1oz emas yang terjual, 50oz silver menemui pemilik baru.

Keadaan sebegini tidak mungkin dapat bertahan. Senario di atas ini ibarat sebuah kedai roti sedang menjual 50  buku roti setiap hari, sedangkan dia hanya mampu menghasilkan 10 buku setiap hari. 40 buku yang lain itu datang dari mana? Mungkin bekalan roti lama yang tidak terjual. Namun, lambat-laun, habis juga bekalan roti lama ini. Masa inilah harga roti akan melonjak. Cuba bayangkan situasi sebegini pada pasaran silver – mesti sangat MENARIK. Pada masa itu, saya akan berpegang erat pada silver saya, sambil melihat orang berpusu-pusu dan berebut-rebut membeli silver.

Memandangkan silver ini adalah logam berharga dan industri, harga silver akan melonjak jika:

  • Ekonomi sedang maju, dan permintaan industri meningkat, ATAU
  • Matawang sedunia mengalami penambahan bekalan (inflasi tinggi),

Ingat, silver peranan lebih sebagai logam industri, dan juga merupakan logam berharga. Tidak kiralah macam mana situasinya, harga silver tetap akan naik. Macam mana keadaannya jika ekonomi mengalami kemajuan, dan inflasi turut naik? Bagus tu, sama seperti anda naik pangkat, dan mendapat bonus tahunan pada masa yang sama.

Pada saya, ekonomi yang rancak dan inflasi tinggi biasanya tidak berlaku serentak. Ekonomi sedunia sedang tenat. Eropah masih dalam kancah masalah, dan kadar pengangguran di US masin tinggi. Namun, inflasi besar sedang dalam perjalanan untuk menghantui kita semua. Beberapa bulan lepas, US telah melancarkan ‘Quantitative Easing Forever’ (Bank Pusat US akan mencetak US Dollar tanpa henti, sehingga diberitahu); Jepun pula telah mengumumkan akan menggandakan jumlah matawang Yen di pasaran kepada $3 trillion Yen menjelang akhir 2014. Kesan polisi sebegini adala inflasi tinggi. Logam berharga adalah pelindung inflasi yang terbaik.

Ilmu asas untuk berjaya dalam pelaburan adalah beli rendah, dan jual tinggi. Teori yang senang, tetapi ramai yang gagal memahaminya. Untuk menjual dengan tinggi, anda perlu membeli ketika harganya sedang rendah. Tetapi, bila harga sedang rendah, ramai pelabur gusar yang harga akan terus menjunam – akibatnya, mereka terlepas peluang untuk membeli ketika harga rendah.

Tetapi, jika anda telah terbeli ketika harga silver sedang tinggi pada $35? Masih ada cara. Ketika harga silver sedang rendah masa ini, anda boleh mengamalkan Dollar Cost Average untuk merendahkan harga pembelian purata anda.

silver_1_year_o_usd

Sebagai contoh: Andaikan kadar pertukaran USD dan MYR adalan 3.15 dan kita abaikan premium (kita membeli silver pada harga spot)

Jika anda sentiasa membeli 1oz silver setiap bulan, harga belian anda adalah seperti berikut:

  • $35.00 (RM110.25)
  • $33.75 (RM106.31)
  • $32.15 (RM101.27)
  • $29.00 (RM91.35)
  • $27.00 (RM85.05)

Harga pembelian purata anda HANYALAH RM98.84/oz. Anda tidak perlu menunggu sehingga harga silver naik balik ke $35.00 (RM110.25) untuk mendapatkan modal anda balik. Anda boleh sudah berbuat demikian ketika harga silver berada pada $31.38 (RM98.85). Semua benda di dunia ini bergerak dalam roda, ada naik ada turun. Bila harga naik sehingga $32, walaupun anda telah terbeli silver pada $35 (RM110.25), anda masih boleh menjual silver anda pada $32 (RM100.80) dan masih mendapat untung.

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-foo

Dollar Cost Average adalah satu strategi yang dirangka khas untuk melindungi pelabur dari pergerakan harga yang terlalu drastik. Dollar Cost Average adalah 1 dari 4 strategi pelaburan yang saya bincangkan dalam eBook: Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia.

DownloadNow-300x93

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Tiada Hutang, Tiada Masalah?

Pada bulan Mei lepas, dalam Practical Guide For Investing Silver in Malaysia, Edisi 2, saya meramal bahawa US akan mencapai debt ceiling (kadar hutang maksima) 16.4 Trillion Dollar selewat-lewatnya pada awal 2013. Anda tidak perlu menjadi pakar ekonomi untuk meramal benda sebegini – kaji sedikit sebanyak tetang asas dalam ekonomi, anda dengan senangnya akan membuat kesimpulan yang sama dengan saya.

Debt Ceiling sesebuah kerajaan boleh diibaratkan seperti kad kredit pada setiap individu.

maybankcard

Andai kata saya seorang pekerja swasta yang mempunyai sekeping kad kredit, dengan limit pada RM 20k. Bila saya membelanjakan habis kad kredit dan mencapai limit, saya perlu membayar balik hutang ini pada bank. Jika tidak, bank akan ‘menghukum’ saya dengan mencatat rekod hitam dalam sejarah kredit saya. Pada masa depan, saya akan susah mendapatkan pinjaman. Jadi, saya telefon bank, dan minta supaya limit kad kredit saya ini dinaikkan ke RM30k, RM50k, RM100k, RM200k, adan seterusnya RM 500k. Memandangkan bank ini baik-baik saja menerima permintaan saya, saya boleh berbelanja sesuka hati, tanpa had!

Bila lepas limit RM500k, saya tidak sudah mahu minta bank naikkan limit saya. Sebaliknya, saya akan “biarkan saja” hutang saya itu. Kalau saya biarkan saja, bank pun akan biarkan saja. Selamat.

Boleh ke jalan macam tuh? Mana mungkin? Tak boleh!

Yang menariknya, kerajaan US sekarang sedang berbuat benda yang sama seperti ‘biarkan dulu’ di atas. Pada 28 Januari 2013, US telah mengambil keputusan untuk “menggantung untuk sementara” perlaksaaan debt ceiling. Dalam erti kata lain, US telah mencapai debt ceilingnya pada 16.4 Trillion Dollar, dan mengambil keputusan untuk ‘membiarkan saja’ debt ceiling itu. Tidak masuk akal bukan? Cuba kita buat benda yang sama, kita ‘biarkan’ saja bil kad kredit, loan kereta dan rumah kita, dan tengok jika bank benarkan.

sejarah+pelaburan+silver+malaysia

Bak kata pepatah, untuk meramal masa hadapan, mesti tengok pada sejarah lampau. Perkara yang hampir sama dengan di atas pernah berlaku dalam sejarah US sendiri. President Richard Nixon telah ‘menggantung’ untuk sementara  kebolehtukaran dollar dan emas. Sebelum 1971, nilai Dollar US disandarkan pada emas. Sekarang, setiap Dollar (atau Ringgit) yang kita pegang pada hari ini tidak mempunyai apa-apa sandaran – ‘wang’ ini hanyalah sehelai kertas yang mempunyai gambar dan nombor. Penggantungan sementara ini telah berlangsung selama 42 tahun, sehinggalah hari ini.

Sekarang, US akan terus menerus berbelanja dan mengumpul lebih banyak hutang tanpa mengambil kira debt ceilingnya. Dari 6 bulan lepas, Kerajaan US, melalui pelan Quantitative Easing (QE3 dan QE4) telah mencetak 85 Billion Dollar setiap bulan – tanpa menyatakan bila mereka akan berhenti. Pasaran sekarang dibanjiri wang kertas yang tidak bernilai langsung. Apabila US mencetak wang, bank-bank pusat seluruh dunia turut terpaksa mencetak. Bank of Japan (BOJ) baru sahaja mengumunkan perlaksaan QE mereka sendiri – BOJ akan mencetak Yen Jepun baru secara terus-menerus setiap bulan tanpa menyatakan tarikh berhenti. Perbuatan bank-bank pusat ini hanya menjanjikan Hiperinflasi kepada kita semua.

Anda mungkin pernah mendengar tentang hiperinflasi. Jika anda rasa 5% inflasi adalah teruk, cuba tengok apa yang berlaku pada ‘wang’ Jerman pada 1920-an. Kita berkemungkinan besar akan mengalami inflasi yang sama pada masa hadapan.

german

Salah satu cara untuk kita mempertahankan kedudukan kewangan kita adalah dengan mempunyai pegangan dalam logam berharga, ini kerana emas dan silver telah digunakan sebagai wang sejak beribu tahun dahulu. Hanya dalam beberapa dekat ini, manusia mula menggunakan kertas sahaja sebagai wang. Mungkin anda rasa pakai emas dan silver sebagai wang agak kuno, tetapi cuba fikir-fikirkan:

Pada hujung Januari 2013, HSBC telah membeli silver, dalam $876 juta. Silver coin di US Mint telah habis dijual, bukan sekali, tetapi 2 kali. Penjualan coin American Silcer Eagle pada Januari 2013 mencatat rekod, sebagai penjualan bulanan terbanyak dalam sejarah.

Banyak pelabur bijak telah mula melaburkan wang mereka dalam logam berharga, terutamanya silver. Hari ini, silver masih merupakan pilihan terbaik dalam pelaburan logam berharga. Ini kerana harganya yang murah – 1oz (31.1gm) emas berharga RM5300, dan 1oz silver hanya berharga dalam lingkungan RM110. Emas adalah wang untuk raja dan bangsawan, silver adalah wang untuk orang kebanyakkan, dan hutang adalah wang untuk golongan hamba abdi. Jika anda mempunyai banyak wang lebihan, saya sarankan anda dapatkan sedikit emas. Namun, jika anda seperti orang kebanyakkan, yang ada sedikit saja wang lebihan, dapatkanlah silver. Silver bukan sahaja pelindung kekayaan, tetapi logam industri yang mempunyai permintaan tinggi. jadi,simpanlah silver, biarpun hanya beberapa keping syilling pun.

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-fooSaya telah menulis sebuah eBook bertajuk Panduan Praktikal: Pelaburan Silver di Malaysia. eBook ini akan memberitahu anda bagaimana anda boleh melabur silver di Malaysia. Saya juga berkongsi strategi keluar pasaran jangka pendek, sederhana dan panjang saya sendiri dalam eBook ini. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.

DownloadNow-300x93

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Al-Kisah Abu & En. Jamal – QE Four-ever

QE-4-pelaburan-silver-malaysia-daniel-foo-bernankeQE4 (Quantitative Easing 4) kini berjalan secara rasmi, selepas diumumkan oleh Ben Bernanke, Pengerusi Federal Reserve pada 12 Disember 2012. Pengumuman ini dibuat 3 bulan selepas pelancaran QE3 September 2012. ‘Percetakan’ wang yang berleluasa ini akan menambah 1 TRILLION Dolar (USD 1,000,000,000,000) ke pasaran pada 2013.

Harga silver melompat naik turun, bergerak sejajar dengan keadaan sebelum dan selepas pengumuman QE4. Ini adalah petanda sahih yang ramai traders membuat perhitungan posisi mereka berpandukan apa yang sedang berlaku di Federal Reserve.
QE-4-Silver-Malaysia

Tujuan utama Quantitative Easing ini adalah untuk mencipta inflasi. Sepanjang sejarah manusia, kerajaan yang ‘mencetak’ wang akhirnya akan meruntuhkan ekonomi mereka sendiri. Jerman (1920-an), Zimbabwe (2000-an), dan Jepun (2001-2006) telah melancarkan QE mereka yang tersendiri, dan semuanya menemui KEGAGALAN.

Kenapa nak cetak wang? Kenapa nak cipta Inflasi? Apa masalah sebenarnya di sini?

Masalahnya senang sahaja. Ekonomi tidak berkembang. Orang ramai sekarang berjimat, tidak lagi berbelanja untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Jadi, kerajaan mengambil keputusan untuk ‘mencetak’ wang untuk diberi kepada rakyat sebagai ‘wang belanja’. Federal Reserve akan mencetak seberapa banyak wang yang diperlukan sehinggalah ekonomi US pulih. Perbuatan sebegini dijamin TIDAK AKAN MEMULIHKAN EKONOMI US.

QE-4-silver-malaysia-tak-mungkin

Saya akan kongsikan dengan anda satu contoh untuk buktikan kenapa.

Abu dilahirkan di sebuah keluarga yang kaya. Bapanya, En. Jamal merupakan seorang peniaga yang OK OK. Ketika berusia 21 tahun, Abu mendapat kerja dengan gaji sebanyak RM2,000 sebulan. Dengan gaji itu, beliau memohon untuk mendapatkan kad kredit dari Maybank dengan limit RM20,000. Muda dan terpengaruh dengan godaan di sekeliling, Abu berbelanja besar dengan kad kreditnya. Lama-kelamaan, Abu pun habis membelanjakan had kadnya. Bila bil kad datang, baru Abu perasan yang dia tidak mampu membayar balik kadnya. En. Jamal, seorang bapa mithali mengorek simpanan peribadinya untuk membantu Abu membayar bank. Abu yang gembira, mula berbelanja semula dengan kadnya. Kali ini, beliau lebih berani, meminta Maybank untuk menaikkan hadnya ke RM50,000. Beliau inginkan TV besar, Kasut Burberry, Baju Zara, dan Motor Kawasaki Ninja. Bila sampai had kad kreditnya, En. Jamal terpaksa mengorek simpanannya untuk membayar hutang Abu. Abu, yakin yang bapanya akan terus membantu membayar hutangnya, kini meminta Maybank untuk menaikkan had kad kreditnya sehingga RM100,000. Kisah ini berulang dan terus berulang… akhirnya, hutang Jamal menjadi begitu besar sehingga bapanya tidak lagi mampu membayar balik.

QE-4-silver-malaysia-hutang

Apa kaitan cerita di atas dengan Quantitative Easing?

En. Jamal adalah kerajaan, dan Abu adalah ekonomi. Setiap kali Abu berada dalam masalah kewangan, En. Jamal harus mengeluarkan duit untuk memastikan Abu tidak bangkrap. Masalahnya, setiap kali Abu dalam masalah, hutangnya menjadi semakin besar. Kekerapannya pun bertambah. Nampaknya, wang yang dibelanjakan En. Jamal untuk menyelamatkan Abu tidak berbaloi, kerana hanya menggalakkan Abu untuk terus berbelanja besar. QE3 akan mencetak $40 billion setiap bulan, dan QE4 akan mencetak $45 billion setiap bulan. Giler ke pe?

Jika anda masih kurang memahami al-kisah Abu dan En. Jamal ini, saya boleh berikan lagi satu contoh. Kali ini lebih senang, hanya tentang seorang penagih dadah dan dadahnya. Bila sudah ketagih, penagih ini akan memerlukan dadahnya dari masa ke masa. Biasanya, dos yang diperlukan akan menjadi semakin besar, sehinggalah penagih ini mati. Dalam konteks kita, ekonomi US adalah penagih dadah, dan QE1, 2, 3, 4 adalah dadahnya.

Yang menariknya, QE1 dan QE2 mempunyai jangka waktu yang telah ditetapkan, dan jumlah wang yang dicetak juga telah ditentukan. Tetapi QE3, dan QE4 tidak mempunyai penghujungnya, sehinggalah Ben Bernanke memberhentikan percetakan. itulah sebabnya QE3 dan QE4 adalah QE Four-ever (forever).

QE-4-silver-malaysia-1-trillion-dollars

Penyelesaian kepada setiap masalah haruslah memfokus kepada masalah itu sendiri. En. Jamal tidak sepatutnya membantu Abu – beliau patut membiarkan Abu jatuh, dan membiarkan Abu untuk belajar membayar balik hutangnya. Sama juga dengan Federal Reserve. Mereka tidak patut melancarkan QE1, QE2, QE3 dan QE4 langsung –  sebaliknya membiarkan ekonomi US jatuh pada 2008, dan tidak berbuat apa-apa sehingga ekonominya pulih kembali sendiri. Perbuatan menyelamatkan ekonomi US ini hanya akan membawa kepada masalah ekonomi yang lebih besar, sehingga ke tahap yang tidak boleh diselamatkan lagi. Memandangkan US Dollar adalah Reserve Currency dunia, krisis kewangan dunia ini akan terus menjadi semakin besar, sehinggalah keseluruhan sistem kewangan dunia kita ini tumbang hancur.

Saya sedar, saya tiada kuasa untuk mengubah apa yang Federal Reserve buat, tetapi saya ada kuasa untuk menyediakan diri saya untuk menghadapi krisis kewangan yang bakal mendatang. Mendiang J.P Morgan (1912) pernah menyatakan bahawa “hanya emas dan silver adalah wang, yang lain adalh kredit (hutang)”. Mengambil iktibar dari ungkapan beliau, saya sedang giat mempersiapkan diri untuk menghadapi krisis kewangan terbesar dunia dengan mengumpul seberapa banyak harta saya dalam logam berharga, terutamanya Silver.

Silver mempunyai permintaan industri yang tinggi (emas pula hampir tiada). Silver merupakan komoditi kedua paling banyak didagangkan di dunia, selepas minyak. Nisbah penghasilan silver vs emas adalah 10:1, tetapi nisbah harga sekarang adalah 51:1. Ertinya, silver masih lagi sangat sangat murah. Harga silver akan naik mendadak pada masa hadapan untuk menyamai kadar penghasilan yang sebenar (10:1). Robert Kiyosaki pernah menyatakan “Silver adalah pelaburan no.1 hari ini, silver adalah pelindung inflasi yang terhebat, dan pelaburan yang terhebat!”

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-fooDalam pelaburan, cakap memang senang. Yang berani buat, tak ramai. eBook Panduan Praktikal Pelaburan Silver di Malaysia saya ini akan menyediakan warga Malaysia, khususnya pelabur seperti anda dengan ilmu-ilmu dan kemahiran yang perlu untuk mengaut keuntungan lumayan dari silver. Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

DownloadNow-300x93

 

SocialTwist Tell-a-Friend