Al-Kisah Abu & En. Jamal – QE Four-ever

QE-4-pelaburan-silver-malaysia-daniel-foo-bernankeQE4 (Quantitative Easing 4) kini berjalan secara rasmi, selepas diumumkan oleh Ben Bernanke, Pengerusi Federal Reserve pada 12 Disember 2012. Pengumuman ini dibuat 3 bulan selepas pelancaran QE3 September 2012. ‘Percetakan’ wang yang berleluasa ini akan menambah 1 TRILLION Dolar (USD 1,000,000,000,000) ke pasaran pada 2013.

Harga silver melompat naik turun, bergerak sejajar dengan keadaan sebelum dan selepas pengumuman QE4. Ini adalah petanda sahih yang ramai traders membuat perhitungan posisi mereka berpandukan apa yang sedang berlaku di Federal Reserve.
QE-4-Silver-Malaysia

Tujuan utama Quantitative Easing ini adalah untuk mencipta inflasi. Sepanjang sejarah manusia, kerajaan yang ‘mencetak’ wang akhirnya akan meruntuhkan ekonomi mereka sendiri. Jerman (1920-an), Zimbabwe (2000-an), dan Jepun (2001-2006) telah melancarkan QE mereka yang tersendiri, dan semuanya menemui KEGAGALAN.

Kenapa nak cetak wang? Kenapa nak cipta Inflasi? Apa masalah sebenarnya di sini?

Masalahnya senang sahaja. Ekonomi tidak berkembang. Orang ramai sekarang berjimat, tidak lagi berbelanja untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Jadi, kerajaan mengambil keputusan untuk ‘mencetak’ wang untuk diberi kepada rakyat sebagai ‘wang belanja’. Federal Reserve akan mencetak seberapa banyak wang yang diperlukan sehinggalah ekonomi US pulih. Perbuatan sebegini dijamin TIDAK AKAN MEMULIHKAN EKONOMI US.

QE-4-silver-malaysia-tak-mungkin

Saya akan kongsikan dengan anda satu contoh untuk buktikan kenapa.

Abu dilahirkan di sebuah keluarga yang kaya. Bapanya, En. Jamal merupakan seorang peniaga yang OK OK. Ketika berusia 21 tahun, Abu mendapat kerja dengan gaji sebanyak RM2,000 sebulan. Dengan gaji itu, beliau memohon untuk mendapatkan kad kredit dari Maybank dengan limit RM20,000. Muda dan terpengaruh dengan godaan di sekeliling, Abu berbelanja besar dengan kad kreditnya. Lama-kelamaan, Abu pun habis membelanjakan had kadnya. Bila bil kad datang, baru Abu perasan yang dia tidak mampu membayar balik kadnya. En. Jamal, seorang bapa mithali mengorek simpanan peribadinya untuk membantu Abu membayar bank. Abu yang gembira, mula berbelanja semula dengan kadnya. Kali ini, beliau lebih berani, meminta Maybank untuk menaikkan hadnya ke RM50,000. Beliau inginkan TV besar, Kasut Burberry, Baju Zara, dan Motor Kawasaki Ninja. Bila sampai had kad kreditnya, En. Jamal terpaksa mengorek simpanannya untuk membayar hutang Abu. Abu, yakin yang bapanya akan terus membantu membayar hutangnya, kini meminta Maybank untuk menaikkan had kad kreditnya sehingga RM100,000. Kisah ini berulang dan terus berulang… akhirnya, hutang Jamal menjadi begitu besar sehingga bapanya tidak lagi mampu membayar balik.

QE-4-silver-malaysia-hutang

Apa kaitan cerita di atas dengan Quantitative Easing?

En. Jamal adalah kerajaan, dan Abu adalah ekonomi. Setiap kali Abu berada dalam masalah kewangan, En. Jamal harus mengeluarkan duit untuk memastikan Abu tidak bangkrap. Masalahnya, setiap kali Abu dalam masalah, hutangnya menjadi semakin besar. Kekerapannya pun bertambah. Nampaknya, wang yang dibelanjakan En. Jamal untuk menyelamatkan Abu tidak berbaloi, kerana hanya menggalakkan Abu untuk terus berbelanja besar. QE3 akan mencetak $40 billion setiap bulan, dan QE4 akan mencetak $45 billion setiap bulan. Giler ke pe?

Jika anda masih kurang memahami al-kisah Abu dan En. Jamal ini, saya boleh berikan lagi satu contoh. Kali ini lebih senang, hanya tentang seorang penagih dadah dan dadahnya. Bila sudah ketagih, penagih ini akan memerlukan dadahnya dari masa ke masa. Biasanya, dos yang diperlukan akan menjadi semakin besar, sehinggalah penagih ini mati. Dalam konteks kita, ekonomi US adalah penagih dadah, dan QE1, 2, 3, 4 adalah dadahnya.

Yang menariknya, QE1 dan QE2 mempunyai jangka waktu yang telah ditetapkan, dan jumlah wang yang dicetak juga telah ditentukan. Tetapi QE3, dan QE4 tidak mempunyai penghujungnya, sehinggalah Ben Bernanke memberhentikan percetakan. itulah sebabnya QE3 dan QE4 adalah QE Four-ever (forever).

QE-4-silver-malaysia-1-trillion-dollars

Penyelesaian kepada setiap masalah haruslah memfokus kepada masalah itu sendiri. En. Jamal tidak sepatutnya membantu Abu – beliau patut membiarkan Abu jatuh, dan membiarkan Abu untuk belajar membayar balik hutangnya. Sama juga dengan Federal Reserve. Mereka tidak patut melancarkan QE1, QE2, QE3 dan QE4 langsung –  sebaliknya membiarkan ekonomi US jatuh pada 2008, dan tidak berbuat apa-apa sehingga ekonominya pulih kembali sendiri. Perbuatan menyelamatkan ekonomi US ini hanya akan membawa kepada masalah ekonomi yang lebih besar, sehingga ke tahap yang tidak boleh diselamatkan lagi. Memandangkan US Dollar adalah Reserve Currency dunia, krisis kewangan dunia ini akan terus menjadi semakin besar, sehinggalah keseluruhan sistem kewangan dunia kita ini tumbang hancur.

Saya sedar, saya tiada kuasa untuk mengubah apa yang Federal Reserve buat, tetapi saya ada kuasa untuk menyediakan diri saya untuk menghadapi krisis kewangan yang bakal mendatang. Mendiang J.P Morgan (1912) pernah menyatakan bahawa “hanya emas dan silver adalah wang, yang lain adalh kredit (hutang)”. Mengambil iktibar dari ungkapan beliau, saya sedang giat mempersiapkan diri untuk menghadapi krisis kewangan terbesar dunia dengan mengumpul seberapa banyak harta saya dalam logam berharga, terutamanya Silver.

Silver mempunyai permintaan industri yang tinggi (emas pula hampir tiada). Silver merupakan komoditi kedua paling banyak didagangkan di dunia, selepas minyak. Nisbah penghasilan silver vs emas adalah 10:1, tetapi nisbah harga sekarang adalah 51:1. Ertinya, silver masih lagi sangat sangat murah. Harga silver akan naik mendadak pada masa hadapan untuk menyamai kadar penghasilan yang sebenar (10:1). Robert Kiyosaki pernah menyatakan “Silver adalah pelaburan no.1 hari ini, silver adalah pelindung inflasi yang terhebat, dan pelaburan yang terhebat!”

pelaburan-silver-malaysia-ebook-daniel-fooDalam pelaburan, cakap memang senang. Yang berani buat, tak ramai. eBook Panduan Praktikal Pelaburan Silver di Malaysia saya ini akan menyediakan warga Malaysia, khususnya pelabur seperti anda dengan ilmu-ilmu dan kemahiran yang perlu untuk mengaut keuntungan lumayan dari silver. Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

DownloadNow-300x93

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Related posts:

One thought on “Al-Kisah Abu & En. Jamal – QE Four-ever

  1. Pingback: Pasaran Silver China | Pelaburan Silver Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>