Perak Murah Akan Berakhir Di 2012

Sejak menulis berkenaan Silver Price Movement, saya telah menerima beberapa permintaan untuk menulis lebih banyak tentang analisis teknikal harga perak. Penulisan ini adalah pergerakan harga perak yang terbaru. (Saya hendak meletakkan maklumat ini dalam buku baru yang saya sedang menulis, tetapi apabila difikirkan semula, apabila buku baru saya diterbitkan, maklumat ini sudah ketinggalan zaman. Jadi saya mengambil keputusan untuk berkongsi maklumat ini di dalam blog ini.)

Emas dan perak adalah abang-beradik yang rapat sekali. Apabila harga emas naik, harga perak naik,apabila harga emas turn, harga perak turun. Ilmu analisis teknikal menggunakan data terdahulu untuk menjangka pergerakan harga masa depan. Dalam penulisan ini, sejarah prestasi emas digunakan untuk meramalkan pergerakan harga perak pada masa akan datang.

Saya telah melukis segitiga untuk mewakili harga emas berkukuh (consolidate) pada pertengahan 2006 sehingga lewat 2007. Kemudian corak bendera terbentuk. Pergerakan harga terperangkap dalam corak bendera untuk sementara waktu. Sebaik sahaja harga emas memecahkan corak bendera, harga emas melonjak LEBIH TINGGI daripada puncak sejarah pada 1980.

Sekarang mari kita melihat carta perak. Sifat pergerakan harga perak adalah lebih ekstrem berbanding dengan harga emas. Ia adalah dalam jangakaan melihat harga perak mempunyai pergerakan harga yang lebih besar berbanding dengan harga emas (dari faktor peratusan).

Seperti emas, harga perak telah membentuk segitiga dari 2008 sehingga lewat 2010. Apabila segitiga diperkukuhkan, corak bendera dibentukan. Kita berada dalam corak bendera sekarang. Kemungkinan terdapat satu lagi kejatuhan harga kecil dalam corak bendera, tetapi tidak penting sangat. Sebaik sahaja corak bendera matang, kita boleh menjangkakan harga perak menuju hingga paras tertinggi 1980 dan melepasi batasan itu, seperti apa yang berlaku pada harga emas dalam sejarah.

Sekiranya anda ingin mempelajari pelaburan perak secara mendalam, rakan saya Ikram Adi telah berkongsi Strategi Pelaburan Silver Yang Membolehkan Beliau Membeli Silver Dengan DISKAUN 79% dalam eBook beliau. Sila melayari website beliau untuk muat turun eBook 18 muka secara PERCUMA.

Sekiranya anda rasa anda telah mempelajari sedikit sebanyak dalam penulisan ini, sila berkongsi link dengan rakan dan keluarga anda atau berkongsi di Facebook. Saya berharap anda menikmati penulisan untuk minggu ini. Selamat melabur perak!

3 thoughts on “Perak Murah Akan Berakhir Di 2012

  1. Pingback: Harga Silver 1970 | Silver In Malaysia

Leave a Reply to ONG Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>