10 Perkara Mesti Tahu Sebelum Melabur Silver

1. Nak Beli Di Mana?
Dengan kuantiti yang kecil, bullion perak boleh dibeli di Group Facebook “Silver Lot Shop”. Ia juga boleh dibeli authorised dealer Pamp dan agen Public Silver. Selain itu, anda juga boleh melayari semua kedai-kedai silver yang telah dikumpul di Blog ini: Menu > Silver Store >

 

2. Nak Jual Di Mana?
Terdapat beberapa penjual silver memberi Buy Back Guarantee untuk membeli semula silver yang dijual, anda boleh menjual kepada penjual yang anda beli. Tetapi anda perlu mengira spread yang dikenakan. Secara alternatif, anda juga boleh jual balik kepada kenalan anda atau iklankan di Group Facebook “Silver Lot Shop” kerana ramai peminat silver berurusniaga di situ.

 

3. Untung ke simpan silver?
Harga Silver telah meningkat 8x ganda sejak 2002 dan lebih 120% dalam tempoh satu tahun (2010-2011). Tetapi anda harus berhati-hati semasa melabur dalam silver. Perhatikan apa yang berlaku dalam hujung graf ini. Harga silver turun sebanyak 40%. Dari $50 menjunam ke $30. Anda perlu memahami dan belajar teknik-teknik pelaburan silver yang betul. Salah satu cara terbaik untuk belajar pelaburan silver adalah mengunakan formula yang terbukti daripada expert yang telah lama memerhatikan pasaran silver. Ikram Adi merupakan expert yang handal meramal pengerakan harga silver. Beliau mempunyai formula yang mudah dan tepat bagi menentukan sama ada harga silver terlalu tinggi. Anda boleh belajar teknik-teknik beliau dengan muat turun eBook di bawah.

4. Berapa harga silver sekarang?
Harga silver berubah dari masa ke semasa. Anda boleh mendapati harga daripada:

  1. http://www.kitco.com/charts/livesilver.html
  2. http://silverprice.org/
Harag tersebut adalah dalam US Dollar. Anda perlu membuat pengiraan dalam Ringgit Malaysia. Bagi cara convert, anda boleh merujuk kepada sini. Selain itu, anda juga boleh merujuk kepada kedai-kedai yang menjual silver di Malaysia.

 

5. Brand/jenis keluaran mana yang bagus?
Jenama premium rendah : Morgan, Silvertowne, Sunshine, Pamp Suisse 1 kg (amat bagus untuk permulaan).

Jenama premium tinggi : Silver Eagle, Maple Leaf, Philharmonics (sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang).

Kegemaran saya adalah American Silver Eagle, gambar coin di atas.

6. Apa itu bullion?
Bullion ialah terma yang bermaksud silver bar atau silver syiling.

7. Kenapa harga silver bar atau coin bukan pada spot price?

Ini kerana kos tempaan yang perlu diambil kira untuk mendapat produk bullion itu sendiri. Perbezaan harga bullion dan harga spot dinamakan premium. Sekiranya harga silver adalah pada spot price, macam mana penjual silver membuat keuntungan?

8. Betul ke silver boleh naik sampai USD200/oz?
Pada bull market 1960-1980, silver meningkat 50x ganda. Pada 2002 – 2011, harga silver telah meningkat kepada 8x ganda (harga semasa dalam lingkungan $42). Harga silver ada 5x ganda ruang untuk naik. Jadi 42 x 5 adalah lebih kurang $220.

9. Kenapa % kenaikan harga silver lagi tinggi berbanding emas?

Oleh sebab permintaan PELABURAN dan PERINDUSTRIAN amat tinggi bagi silver, kenaikannya akan disebabkan oleh permintaan, terutamanya dari permintaan PELABURAN. Emas hanya bergantung kepada permintaan pelaburan & barang kemas sahaja. Harga emas akan naik slow & steady tetapi kemungkinan besar peratusan akan lebih rendah berbanding dengan silver yang merupakan bahan mentah dalam banyak industri electronic dan teknologi modern. Pelaburan silver amat menguntungkan sekiranya kita dapat menguasai teknik-teknik dan mindset yang betul. Cara paling pantas untuk mempelajari adalah belajar dari kesilapan orang yang berpengalaman. Di dalam eBook Pelaburan Silver, Ikram Adi menerangkan cara yang mudah bagi kelas pentengahan  (seperti anda dan saya ) mengambil kesempatan ini untuk memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan silver.

10. Berapa lama saya patut pegang silver sebelum dijual semula?
Silver adalah pelaburan jangka sederhana panjang, iaitu sekurang-kurangnya 3 tahun sehingga 5 tahun. Untuk memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan silver, pastikan anda menyimpan SEKURANG-KURANGNYA 3 tahun sebelum menjual semula untuk mendapat keuntungan yang memuaskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>